Monday 30 December 2019

Umrah 2019 | Part 10 | Madinah | Sim Card Kiosks

Berada di negara luar memang sangat mencabar, lebih-lebih lagi apabila memerlukan aplikasi WhatsApp sebagai perkongsian maklumat diantara para jemaah dengan ketua rombongan.

 

Di dalam tempoh kami pertama kali tiba di Kota Madinah, sepanjang empat (4) hari, kami memang bergantung harap pada penggunaan WIFI Hotel, namun ia tetap membebankan kami apabila kami berada di luar kawasan Hotel, terutama ketika berada di Masjid Nabawi.



Thursday 26 December 2019

Umrah 2019 | Part 09 | Madinah | Perkuburan Al-Baqi'

Setelah sekian lama berada di Kota Madinah menunaikan Ibadah di Masjid Nabawi, tiba-tiba terdetik di hati ingin melawat Perkuburan Al-Baqi', sesudah berada di Kota Madinah selama 7 hari dan 6 malam disini (keesokkan harinya kami akan berangkat ke Kota Mekkah pula).

 

Agak rugi bagi saya yang sudah sampai di Kota Madinah, tetapi tidak menziarahi tanah perkuburan yang diimpikan oleh semua umat Islam untuk dikuburkan disini.

Maka, sesudah solat Subuh pada hari yang ketujuh (ke-7), saya pun berjalan seorang diri menuju ke Perkuburan Al-Baqi'.


Monday 23 December 2019

Umrah 2019 | Part 08 | Madinah | Raudhah (Taman Syurga)

Setelah meneliti beberapa kawasan penting di dalam Masjid Nabawi yang terdiri daripada beberapa kemudahan-kemudahan serta Pintu Babussalam (Pintu Bab As-Salam), maka seterusnya adalah sesi mengintai Raudhah ataupun yang dikenali sebagai Taman Syurga.

 

Daripada laluan Pintu Babussalam sudah kelihatan kawasan Raudhah, akan tetapi dimanakah pintu masuk untuk ke Raudhah ini?


Thursday 19 December 2019

Umrah 2019 | Part 07 | Madinah | Pintu Babussalam (Bab As-Salam)

Biasanya ketika berada di Kota Madinah dan menunaikan ibadah untuk kali pertama (samada solat, membaca Al-Quran, dan lain-lain), adalah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam untuk memberikan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan melalui pintu Babussalam (Pintu Bab As-Salam).

 

Saya tidak mengetahui perkara ini sehingga ke hari yang kedua saya menunaikan solat Zuhur, dimana salah satu daripada Jemaah daripada kumpulan yang sama, diberi nama Hj Dr Fadhli, telah memberitahu saya tentang perkara ini.

Saya amat-amat berterima kasih diatas maklumat yang diterima, walaupun sudah masuk ke hari yang kedua berada di Kota Madinah.


Monday 16 December 2019

Umrah 2019 | Part 06 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 2)

Sekiranya pada bahagian yang pertama saya berkongsikan tentang perkarangan Masjid Nabawi serta sedikit sejarah berkenaan dengan pembinaan Masjid ini, maka pada bahagian kedua pula, saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan solat di Masjid Nabawi sepanjang kami berada di Kota Madinah ini.

 

Di sepanjang kami berada di Kota Madinah, serta menunaikan ibadah Solat Fardhu serta solat-solat Sunat yang lain, terdapat beberapa pengalaman manis yang telah berlaku kepada kami sekeluarga.



Thursday 12 December 2019

Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1)

Pada post yang sebelumnya, saya ada memaklumkan berkenaan dengan kami menunaikan ibadah pertama kami di Masjid Nabawi yang terletak kira-kira 50 meter daripada pintu Masjid.

 

Insyaallah, pada post saya kali ini, saya akan menceritakan tentang keindahan Masjid Nabawi yang telah saya bersama keluarga saya mengerjakan ibadah selama 8 hari di sini (demi mencukupi aktiviti 40 kali solat di Masjid Nabawi) yang dicadangkan oleh ketua kumpulan kami.

Post ini dibahagikan kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama lebih menceritakan tentang keadaan Masjid Nabawi dan beberapa kemudahan yang disediakan di perkarangan Masjid yang mulia ini.


Monday 9 December 2019

Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel

Selepas lebih kurang 4 jam berada di dalam bas, perjalanan daripada Kota Jeddah ke Kota Madinah di dalam post yang sebelumnya, maka akhirnya kami tiba di Kota Madinah yang bersuhukan lebih kurang 27 darjah Celsius.

 

Akan tetapi, disebabkan waktu ketibaan kami menunjukkan lebih kurang jam dua belas (12) tengah hari, maka ketua kumpulan kami meminta kami untuk menunaikan solat fardhu Zuhur terlebih dahulu sebelum memasuki ke bilik masing-masing.



Thursday 5 December 2019

Umrah 2019 | Part 03 | To Madinah via Land Transportation

Setelah hampir 20 minit menanti ketibaan Bas Shuttle di perkarangan tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, maka bas tersebut selamat sampai bagi mengambil kami dan membawa kami ke destinasi yang seterusnya.

 

Setelah selesai semua barang-barang dimasukkan di dalam bahagian bawah bas, maka kami bersedia untuk bergerak menuju ke Kota Madinah. 

Namun, satu peristiwa telah berlaku dimana kami tidak dapat bergerak, kerana kehilangan seorang jemaah yang sepatutnya bersama-sama dengan kami.


Monday 2 December 2019

Umrah 2019 | Part 02 | Muscat - Jeddah Airport via Oman Air

Setelah 8 jam berada di dalam perut kapal terbang Oman Air yang menerbangkan kami dari Kuala Lumpur (KLIA), maka kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat yang terletak di Muscat, Oman.

 

Seperti biasa, jam yang menunjukkan pada 4 pagi waktu Malaysia (12 tengah malam waktu Oman), membuatkan kami agak kelam kabut dengan anak-anak yang mengantuk dan perlu mendukung disepanjang transit kami yang mengambil masa kira-kira 2 jam di Muscat Airport ini.


Thursday 28 November 2019

Umrah 2019 | Part 01 | KLIA - Muscat Airport via Oman Air

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, menyahut panggilan dan seruan Allah s.w.t untuk mengerjakan Umrah pada tahun ini (tahun 2019). 

 

Persiapan awal sudah dilakukan dengan memastikan tiada lagi barang yang tertinggal, sekarang ini hanya masa untuk berlepas menuju ke Tanah Suci.

Menunaikan Umrah pada kali ini, kami mengikuti sebuah travel agent yang menawarkan pekej Umrah selama 22 Hari dan 20 Malam, dimana segalanya (perjalanan kami untuk menunaikan Umrah) bermula di KLIA.


Thursday 4 July 2019

Marriott Hotel Kota Kinabalu Review (Part 2)

Untuk Bahagian yang kedua ini, saya akan berkongsikan dengan anda tentang makanan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel kepada para tetamu yang menginap di hotel ini.

 

Meskipun kami menginap di hotel ini selama tiga (3) hari dan dua (2) malam, namun hidangannya adalah sama setiap hari. Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat hidangan yang disediakan untuk sarapan pagi.


Monday 1 July 2019

Marriott Hotel Kota Kinabalu Review (Part 1)

Berada di Kota Kinabalu sekali lagi kini diatas urusan pejabat, saya dapat juga menginap di Marriott Hotel Kota Kinabalu yang dikatakan diantara hotel bertaraf lima (5) bintang di Kota Kinabalu ini.

 

Ini adalah kerana saya telah ditugaskan untuk menjaga bahagian logistik, pergerakkan deligasi-deligasi daripada China sebelum ketibaan mereka ke Kota Kinabalu, sehingga mereka pulang ke China semula.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan keadaan dalaman Marriott Hotel yang dikatakan bertaraf lima (5) bintang ini.


Thursday 27 June 2019

Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC Review

Bila sampai waktu bosan dan tidak tahu hendak buat apa, maka mula lah jari mencari lokasi-lokasi terdekat untuk membawa keluarga bermain air di sekitar Lembah Klang.

 

Diantara yang keluar adalah lokasi-lokasi berhampiran dengan rumah kami di Kajang, seperti beberapa tempat rekreasi yang berdekatan dengan sungai dan juga beberapa lokasi kolam renang di sekitar Putrajaya.

Tiba-tiba, terdetik difikiran dimana pada suatu ketika dahulu (waktu zaman dating-dating dulu), saya pernah melalui Taman KLCC dan terlihat tempat kolam renang yang dibuka untuk orang umum.


Monday 24 June 2019

Happy Land Tesco Semenyih Review

Memang banyak lokasi-lokasi menarik untuk membawa anak-anak kecil untuk bermain-main, sambil ibu bapanya membeli belah keperluan harian, dimana salah satu lokasi taman permainan indoor adalah di Tesco Semenyih.

 

Taman mainan ini terletak bersebelahan dengan Food Court Tesco Semenyih (di kawasan dalam Tesco), menyediakan pelbagai jenis permainan yang menarik dan mampu membuatkan anak-anak kecil ini leka dibuai masa.


Thursday 20 June 2019

Jahhet Fine Meat Steakhouse Bangi Review

Terletak di bahagian belakang Bangi Gateway, terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan western yang diberi nama Jahhet Fine Meat Steakhouse.

 

Namanya yang agak unik ini sebenarnya mempunyai satu sejarah yang ramai tidak mengetahuinya, namun pada kali ini, saya akan membongkarkan rahsia tersebut kepada anda semua.


Monday 17 June 2019

Restoran Gerak 21 Bukit Beruntung Review

Wahai warga Bukit Beruntung, jika korang tidak tahu tentang kewujudan kedai ini, maka korang bolehlah tukar tempat kerja dan tempat tinggal.

 

Restoran Gerak 21 ini sangat terkenal dengan menyediakan hidangan yang pelbagai jenis dan rasa, menjadi restoran ini sebuah tempat persinggahan penduduk tempatan untuk menjamu selera disini.


Namun, apakah hidangan yang disediakan disini?


Thursday 13 June 2019

Keria Antarabangsa Limbongan Klebang Review

Pernah menjadi viral suatu ketika dahulu, sebuah kedai yang menjual Keria Gula Melaka yang terletak berhampiran dengan Pantai Klebang telah mendapat perhatian dan sambutan dari ramai pengunjung sehingga ke hari ini.

 

Nama kedai yang berjaya mem-viral-kan kuih tradisi Keria Gula Melaka ini tidak lain dan tidak bukan adalah Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh Rahmah).


Monday 10 June 2019

Mamam Cafe - Brown Sugar Milk Tea Klebang Review

Berada di Melaka diatas urusan menziarahi saudara mara disini, kami telah diberitahu oleh saudara kami untuk merasai hidangan Boba Milk Tea dan juga Kebab yang dijual di Pantai Klebang.

 

Lokasi yang diberitahu oleh kami adalah sebuah kedai yang terletak di jalan utama Pantai Klebang, yang diberi nama Mamam Cafe.


Thursday 6 June 2019

Black Canyon Alamanda 2019 Review

Kali terakhir kami menikmati hidangan di Restoran Black Canyon adalah pada tahun 2017, dan pada tahun ini (2019), kami sekali lagi ke Restoran Black Canyon yang terletak di Alamanda untuk menjamu selera.

 

Meskipun kali terakhir kami menikmati hidangan disini pada tahun 2017, namun rasa hidangan yang kami rasai memang sama dengan yang kami makan pada tahun 2017 kerana walaupun pertukaran staff atau chef, standardnya sudah diselaraskan pada semua cawangan.



Monday 3 June 2019

CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - Part 2

Masuk pada bahagian yang kedua pula, setelah berkongsi berkenaan dengan kemudahan dan juga studio kucing yang agak menarik di Bahagian 1, maka sudah semestinya masa untuk menikmati hidangan yang disediakan di sini.

 

Bahagian kedua ini bertumpukan dengan jenis-jenis makanan yang disediakan di CatSignature Cafe & Studio ini, rata-rata lebih kepada makanan Thai (ada juga masakan sampingan yang ringan-ringan) yang dimasak dihadapan Cafe ini.


Thursday 30 May 2019

CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - Part 1

Penggemar haiwan pasti akan gemar akan lokasi yang terletak di Bandar Baru Bangi ini. Mengambil sebanyak 2 tingkat kedai, CatSignature Cafe ini menggabungkan beberapa konsep yang menarik untuk para pelanggan.

 

Di tingkat bawah lebih kepada ruang makan dan minum, dan di ruang atas pula adalah sebuah studio yang menempatkan pelbagai jenis aktiviti yang menarik bagi para pelanggan yang datang untuk merehatkan minda.

Untuk post ini, sudah tentu saya akan berkongsi tentang kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan disini~


Monday 27 May 2019

Baazar Kemboja Parit Buntar Perak Review

Balik ke kampung kedua si isteri yang terletak di Bagan Serai telah membawa kami untuk menyinggah di sebuah pusat membeli-belah yang agak terkenal oleh penduduk tempatan, menjual pelbagai jenis pakaian terutamanya pakaian wanita.

 

Lokasi yang dimaksudkan adalah Bazaar Kemboja yang terletak di Parit Buntar, Perak. Sekiranya menggunakan aplikasi Waze, hanya taip Bazar Kemboja dan kami terus sampai disini.


Thursday 23 May 2019

Ayam Gepuk Pak Gembus Kajang Review

Semua ini gara-gara si isteri yang suka memakan Nasi Ayam Penyet, yang membawa kami sekeluarga untuk menyinggah di Kedai Makan Ayam Gepuk Pak Gembus yang terletak di Bandar Kajang, berhadapan dengan IPD Polis Kajang.

 

Pada awalnya, beliau bersama rakan sekerja telah menikmati hidangan ini di Bandar Baru Bangi bersama-sama dengan rakan sekerjanya, dan kali ini beliau ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan kami pula.



Monday 20 May 2019

Iftar 2019 Kedai Makan Sate 7 Pagi Serdang Review

Sesi Iftar di luar rumah yang kedua pada tahun ini adalah bersama-sama anak-anak murid si isteri yang mengajak beliau (dan beliau mengajak saya) untuk berbuka puasa di sebuah kedai makan di Seri Serdang yang bernama Kedai Makan Sate 7 Pagi.

 

Lokasi Kedai Makan Sate 7 Pagi ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Seri Serdang, dimana salah sebuah lokasi untuk merasai hidangan sate selain daripada Sate Haji Samuri dan juga Sate Willy.


Thursday 16 May 2019

Iftar 2019 Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Review

Iftar tahun ini agak bermakna bagi saya, dengan penemuan semula sahabat-sahabat yang sudah lama meninggalkan tempat kerja saya, dan membawa laluan masing-masing. 

 

Kami telah membuat pesanan lebih kurang tiga (3) hari sebelum dan sudah semestinya ada penambahan sehari sebelum hari kejadian. Namun, secara keseluruhannya, semuanya hadir~



Monday 13 May 2019

Genting Highland Premium Outlet Review

Terletak di perjalanan menuju ke Puncak Genting Highland adalah merupakan sebuah pasaraya yang baru, menjual pelbagai barangan yang agak branded sama seperti pasaraya Johor Premium Outlet, yang diberi nama Genting Highland Premium Outlet.

 

Selama ini seringkali ke Johor Premium Outlet dan Melaka Premium Outlet, maka dengan terbinanya Genting Highland Premium Outlet, segalanya menjadi lebih mudah (untuk para suami dan isteri kerana tidak perlu pergi jauh ke selatan semenanjung Malaysia untuk mencuci mata.



Thursday 9 May 2019

Mee Kari Power Masjid Kajang Review

Kadangkala kami sedikit kemalasan ketika berada di rumah, dan hanya memesan dengan menggunakan aplikasi Food Panda untuk membeli makanan di sekitar Kajang, sehingga kami merasai Mee Kari yang disediakan oleh Kedai Makan Mee Kari Power Masjid Kajang.

 

Terdetik juga kami ingin makan di kedainya, tetapi apabila kami sampai di kedainya sebelum ini (sebanyak 2 kali), kedainya sentiasa tutup sehingga kami tidak berputus asa dan ke kedai ini untuk kali yang ketiga.

Rezeki kami kali ini, kedai ini dibuka~



Monday 6 May 2019

Something Borrowed by Nawal Cyberjaya Review

Something Borrowed by Nawal yang terletak di Cyberjaya ini menjadi sebuah lokasi baru bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti dekorasi sempena beberapa majlis anjuran dalaman tempat saya kerja.

 

Pada asalnya, saya ke sini hanya untuk mengambil barang-barang yang telah disewa oleh salah seorang daripada rakan sekerja saya, namun tidak sangka tempat ini wujud yang memberikan perkhidmatan sewaan barangan bagi peniaga kecil-kecilan.


Thursday 2 May 2019

Restoran Minang Megah Putra Height Review

Setelah selesai menghadiri kursus di sekitar Putra Height, sahabat yang membawa saya ke tempat kursus ini telah membawa saya untuk menikmati hidangan makanan tempatan yang agak sedap di sekitar Putra Height.

 

Maka, tiba lah kami di sebuah restoran yang ingin ditujui oleh sahabat saya ini, iaitu Restoran Minang Megah yang terletak berhampiran dengan Puspakom Putra Height, iaitu Restoran Minang Megah.



Monday 29 April 2019

Rumah Makan Terlajak Laris Bangi Sentral Review

Saya menerima pelawaan untuk menikmati hidangan di Rumah Makan Terlajak Laris yang terletak di Bangi Sentral oleh si isteri, dimana beliau pernah menikmati makan tengah hari bersama-sama dengan rakannya dan mengatakan hidangan yang disediakan agak sedap.

 

Memang agak terkejut juga saya pertama kali mendengar Dato Aliff Syukri sudah membuka kedai makan, maka saya pun terus bersetuju dengan pelawaan si isteri untuk menikmati hidangan disini.


Thursday 25 April 2019

Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 2) - The Beach

Merujuk kepada bahagian 1, saya telah kongsikan secara keseluruhan berkenaan dengan Teluk Chempedak yang terletak di Kuantan Pahang.

 

Seperti yang telah dimaklumkan di bahagian 1, di bahagian 2 ini akan saya kongsikan beberapa lokasi yang menarik bagi mereka yang tidak tahu akan kewujudannya di Teluk Chempedak ini.

Nama lokasi yang kami temui ini diberi nama Teluk Tongkang, terletak tidak jauh dari Teluk Chempedak.


Monday 22 April 2019

Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 1) - The Place

Teluk Chempedak yang terletak di Kuantan, Pahang ini sudah semestinya menjadi pusat persinggahan serta menikmati keindahan alam bagi kami di waktu petang (sudah semestinya selepas waktu kerja, kalau tidak kata mengular pula..).

 

Teluk Chempedak ini tidak begitu jauh daripada Bandar Kuantan, mengambil masa kurang daripada 10 minit dengan menaiki kenderaan sahaja.

Kawasan ini amat terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan pusat mandi-manda bagi penduduk mahupun para pelancong.



Thursday 18 April 2019

Warong Poksu dan Moksu Kuantan Review

Berada di Bandar Kuantan pada hari yang kedua membawa saya untuk menerokai lagi kawasan-kawasan di sekitar Tanjung Lumpur demi mencari hidangan penduduk tempatan yang hanya boleh didapati di Kuantan, dimana ianya membawa kami ke Warong Poksu dan Moksu.

 

Memang ramai pengunjung yang datang ke Warong Poksu dan Moksu untuk menjamu selera samada di dalam warung mahupun membawanya pulang ke rumah.

Apakah hidangan yang disediakan disini, menyebabkan Warong ini menjadi pusat tumpuan para pelanggan?


Monday 15 April 2019

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Review

Lokasi seterusnya yang menjadi tempat persinggahan kami untuk menikmati hidangan makan tengah hari di Kuantan adalah sebuah kedai makan yang diberi nama Nasi Kerabu Kemira, terletak di Tanjung Lumpur juga.

 

Nasi Kerabu yang merupakan makanan istimewa bagi penduduk di pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) ini terletak berhampiran dengan KPMC Kuantan, bersebelahan dengan stesen pam Petronas Tanjung Lumpur.


Thursday 11 April 2019

Mokna Keropok Lekor Tanjung Lumpur Review

Perjalanan kami diteruskan lagi di Kuantan, kali ini mencari-cari hidangan minuman petang pula. Disebabkan kami berada di sini selama 3 hari dan 2 malam, maka lokasi minum petang kami yang pertama adalah di Mokna Keropok Lekor yang terletak di Tanjung Lumpur.

 

Di tatkala kami mencari kedai Mokna Keropok Lekor ini, keadaan tempat letak kenderaan di hadapan kedai amat penuh sehingga menutupi bahu jalan, menyebabkan kami meletakkan kenderaan di kawasan belakang kedai.


Monday 8 April 2019

Restaurant Kambing Bakar GuangZhou Tanjung Lumpur Review

Berada di Kuantan Pahang memang merupakan satu pengalaman baru bagi saya selama 3 hari 2 malam ini, dimana pada kali ini memang penuh dengan perjalanan dan persinggahan di beberapa lokasi menarik.

 

Lokasi pertama yang ingin saya kongsikan adalah sebuah restoran yang menyediakan hidangan berasaskan kambing sebagai menu utama, iaitu Restoran Kambing Bakar GuangZhou yang terletak di Tanjung Lumpur.


Thursday 4 April 2019

Grand Darul Makmur Hotel Kuantan Review - Part 2

Berada di Hotel Grand Darul Makmur yang terletak di Kuantan, pihak hotel juga turut menyediakan sarapan pagi bagi mereka yang menetap di hotel ini, termasuk di dalam pekej yang telah disediakan.

 

Sarapan pagi di Grand Darul Makmur ini disediakan di sebuah restoran yang terletak di Lower Ground, dan seperti biasa, memerlukan kupon untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan disini.


Monday 1 April 2019

Grand Darul Makmur Hotel Kuantan Review - Part 1

Grand Darul Makmur yang dahulunya dikenali sebagai MS Garden, terletak di tengah-tengah bandar Kuantan telah menjadi lokasi saya untuk tiga (3) hari, menghadiri kursus di sini.

 

Dua tiga tahun lepas, saya pernah menginap di MS Garden diatas urusan kerja, dan pada kali ini juga adalah diatas urusan kerja. Adakah dengan penukaran nama ini, maka kondisi hotel juga telah berubah?


Friday 29 March 2019

Caravan Cafe Bandar Baru Bangi Review

Sewaktu petang, di tatkala kesibukkan bandar dan orang yang pulang kerja, saya telah dipanggil oleh salah seorang sahabat saya untuk bertemu dan berbual mesra, dan lokasi yang telah beliau pilih adalah Caravan Cafe yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

 

Sewaktu kehadiran saya di lokasi ini, kira-kira jam 6 petang, keadaan dalaman kafe ini kelihatan agak tenang dan mula dibanjiri oleh para pelanggan pada jam 6.30 petang dan keatas.

Apakah yang menarik tentang Caravan Cafe ini?


Wednesday 27 March 2019

Setia EcoHill The Parc Semenyih Review

Agak bosan pada hujung minggu dengan tidak melakukan sebarang aktiviti, ataupon pergi berjalan-jalan dengan keaktifan kedua-dua kanak-kanak riang yang bernama Irfan dan Izzat ini, telah menyebabkan kami keluar dari rumah untuk mencari pusat riadah bagi mengeluarkan peluh.

 

Menghala ke Semenyih dari lebuhraya LEKAS, dan apabila melalui kawasan Setia EcoHill, memang boleh dilihat sebuah taman permainan kanak-kanak yang kecil di sebelah jalan di Setia EcoHill.

Nampak sahaja kecil kawasan Taman Permainan Setia EcoHill ini, akan tetapi ianya sebenarnya agak besar.


Monday 25 March 2019

See Foo Hotel Bidor Review

Sewaktu perjalanan pulang daripada kenduri kahwin Najwa di Sungai Petani, Kedah, telah berlaku satu insiden yang tidak diingini dimana salah sebuah kenderaan rombongan telah mengalami kerosakkan di atas highway sebelum susur keluar Bidor.

 

Disebabkan waktu ketibaan kami susur keluar Bidor sudah hampir maghrib, maka kami telah sebulat suara untuk menetap di Pekan Bidor sementara menanti kenderaan siap untuk dibaiki.

Setelah berpusing-pusing sekitar Pekan Bidor, maka kami terlihat sebuah hotel yang diberi nama See Foo Hotel, dan bersepakat untuk menetap disini untuk semalam.


Friday 22 March 2019

Corazon Kitchen @Upten Uniten Bangi Review

Memang jarang-jarang saya melawat di sekitar Kampus UNITEN yang terletak di Bangi, namun pada hari ini, saya ke sini kerana menyertai pertandingan bola tampar yang dianjurkan di Stadium Sukan UNITEN.

 

Menjelang waktu makan tengah hari, maka ke Food Court 2 @Upten Uniten inilah kami datang untuk menjamu selera dengan perut yang kekosongan dan badan yang keletihan.


Wednesday 20 March 2019

Restoran Terra Pong Sungai Congkak Review

Berjalan-jalan mencari kedai makan malam di sekitar Sungai Congkak agak sukar bagi kami, kerana kebanyakkan kedai makan di sini tutup agak awal (kebanyakkan tutup sebelum jam 6 petang).

 

Menghala keluar dari Sungai Congkak, kami melalui sebuah kedai yang agak besar dan juga kelihatan seperti bangunan dahulu kala, menarik minat kami untuk menyinggah dan melihat menu hidangan yang ditawarkan.

Nama restoran yang kami singgah ini tidak lain dan tidak bukan adalah Restoran Terra Pong yang terletak di Sungai Congkak.


Monday 18 March 2019

Homestay Cahaya Kaseh Sungai Congkak Review

Walaupun menetap di Bandar Kajang, kami ajak jarang keluar untuk menikmati keindahan alam semula jadi lebih-lebih lagi bermandi-manda di sungai-sungai di sekitar Hulu Selangor sehingga si isteri terpaksa menghadiri kursus KRS di Sungai Congkak.

 

Homestay Cahaya Kaseh ini terletak berdekatan dengan Kem Rembia, dan menjadi tempat kami melarikan diri daripada kesibukan bandar (kerja dan juga kesesakan lalu lintas).

Kami menetap disini selama 3 hari dan 2 malam, dan apa yang paling menarik tentang homestay ini, ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sungai~



Friday 15 March 2019

Warung Laksa Pokok Nyuk Sungai Petani Kedah Review

Malam terakhir kami berada di Sungai Petani Kedah, sempena menghadiri majlis perkahwinan Najwa bersama-sama dengan pasangannya, kami sempat untuk merasai makan malam di Warung Laksa Pokok Nyuk yang terletak di Taman Ria Sungai Petani.

 

Warung Laksa Pokok Nyuk ini terletak tidak jauh daripada Foodtruck Air Jagung Abang Joe, Taman Ria Sungai Petani, namun warung ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja.

Menurut kepada mertua saya yang sempat menikmati hidangan ini sehari sebelum kehadiran kami di Sungai Petani, hidangan Char Kuey Teow yang disediakan disini memang sedap. Adakah ianya benar?


Wednesday 13 March 2019

Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun Tanjung Dawai Kedah Review

Setelah berjalan-jalan di kawasan Arked MPSP Tanjung Dawai, maka tiba masanya untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Selangor. 

 

Menurut kepada Biras, adalah lebih sesuai mencari buah tangan di kedai borong daripada membeli di Arked MPSP, kerana harganya yang lebih murah (harga borong) berbanding dengan harga pasaran.

Tidak jauh dari Arked MPSP Tanjung Dawai, terdapat sebuah pasaraya borong yang menjual barangan borong, diberi nama Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Arked MPSP.



Monday 11 March 2019

Warung No 5 Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai Kedah Review

Apabila tiba di Jeti Tanjung Dawai yang terletak di Sungai Petani, Kedah, kami mengambil kesempatan ini untuk menikmati minum petang di Gerai Arked MPSP yang terletak di sekitar kawasan ini.

 

Warung yang telah menjadi pilihan kami ketika berada di Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai ini adalah Gerai yang bernombor 5.

Menu yang menarik kami sekumpulan untuk singgah di kedai ini adalah Mee Udang~



Friday 8 March 2019

Jeti Tanjung Dawai Sungai Petani Kedah Review

Akhirnya, lokasi lirik Cinta Pantai Merdeka yang dinyanyikan oleh kumpulan Jinbara suatu ketika dahulu telah kami jejaki, iaitu Tanjung Dawai. 

 

Pada awalnya, saya sangkakan Tanjung Dawai ini merupakan sebuah pekan yang agak besar, namun apabila kami melalui kawasan ini, ianya masih merupakan sebuah perkampungan Nelayan.

Jalan menuju ke Jeti Tanjung Dawai ini agak mencabar, dimana tanpa kehadiran Waze sebagai petunjuk jalan, memang kami akan tersesat jalan.


Monday 4 March 2019

Dashbox Hotel Cyberjaya Review

Meskipun berdekatan dengan lokasi tempat kerja saya di Cyberjaya, namun saya tidak pernah sama sekali melalui mahupun menjejaki kaki ke kawasan Dashbox Hotel yang terletak berhampiran dengan bangunan MaGIC Cyberjaya.

 

Seorang sahabat saya yang datang dari Kuching, Sarawak telah menjemput saya untuk melihat keadaan bilik yang disediakan di Dashbox Hotel Cyberjaya ini, sebelum keluar berborak-borak tentang hal duniawi.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan secara ringkas berkenaan dengan Dashbox Hotel yang terletak di Cyberjaya ini.



Friday 1 March 2019

Air Jagung Taman Ria Abang Joe Sungai Petani Review

Di sekitar kawasan yang kami duduki di Sungai Petani (kami ke Sungai Petani disebabkan ingin menghadiri majlis perkahwinan adik ipar kami yang bernama Najwa), terdapat sebuah kedai food truck yang menjual Air Jagung dan juga Rojak Buah yang sedap, yang bernama Air Jagung Taman Ria Abang Joe.

 

Kawasan tempat letak foodtruck ini memang senang untuk dijumpai, terletak berhampiran dengan Homestay Humairaa dan juga Mr Ku Homestay.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan menu-menu yang disediakan dan dihidangkan disini.