Kebanyakan kedai di Batu Ferringhi di waktu malam menyediakan pelbagai hidangan western disebabkan oleh kebanyakkan para pelancong yang datang ke kawasan ini adalah merupakan pelancong dari luar negara.
Dan rata-rata kedai yang menjual makanan seperti ini turut menjual minuman keras dan juga menyediakan sewaan shisha, dimana memang tidak sesuai bagi kami yang beragama Islam ini.
Terletak tidak jauh daripada Petronas Batu Ferringhi terdapat beberapa kedai yang menyediakan masakan berunsurkan goreng-goreng panas, menjadi lokasi kami menikmati makanan malam disini.