Wednesday 12 September 2018

Pasar Filipina Kota Kinabalu Review

Pasar Filipina, merupakan sebuah lokasi tumpuan bagi pengunjung tempatan dan juga pelancong dari luar negara untuk datang dan membeli pelbagai jenis barangan harian mahupun cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. 

 

Di Pasar Filipina ini memang menjual pelbagai jenis barangan harian dan juga cenderahati yang murah-murah jika dibandingkan dengan lokasi kedai yang lain.

Pasar Filipina ini terbahagi kepada 3 bahagian; Bahagian Produk Harian (Sayuran, Bahan mentah), Bahagian Kedai Makanan, dan juga Bahagian Kraftangan. Tambahan pula, menarik tentang Pasar Filipina ini, ianya beroperasi selama 24 jam!


~ Pasar Filipina Kota Kinabalu Review - Daily Products Market ~

 

Terdapat 2 waktu operasi di Pasar Filipina ini, dimana dibahagikan kepada waktu pagi (bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam) dan waktu malam (bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi) dimana bagi peniaga kecil-kecilan, waktu malam adalah waktu operasi mereka menjual di tepi kawasan pasar ini.

 
 
 
 
 

Pada waktu pagi, Pasar Filipina ini dibuka sepenuhnya, menjual pelbagai barangan segar dari ladang dan juga dari lautan termasuk makanan kering dan juga makanan ringan (kedai makanan ringan dijual dibahagian laluan luar pasar).

Rata-rata pelancong yang hadir ke Pasar Harian ini, bagi penggemar kopi, Kopi Tenom adalah merupakan kopi yang paling terkenal di Sabah dan anda boleh mendapatkannya disini juga dengan harga yang lebih murah. Anda perlu pandai untuk menawar sahaja.


 
 

Pada waktu malam pula, banyak peniaga kecil mula membuka tapak di bahagian luar pasar ini dan menjual pelbagai jenis barangan harian seperti kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.


~ Pasar Filipina Kota Kinabalu Review - Handicraft Market ~

 

Selain kawasan barangan harian, Pasar Kraftangan yang terletak di Pasar Filipina ini juga menjadi tumpuan bagi para pelancong yang ingin membeli cenderahati sebagai hadiah mahupun kenang-kenangan.

 
 

Terdapat pelbagai jenis barangan ukiran tempatan yang dijual disini, dan ianya ternyata lebih murah daripada harga di kawasan lain termasuk aneka keychain, fridge magnet, kain batik tenunan, dan banyak produk tempatan yang mempunyai keasliannya yang tersendiri.


~ Pasar Filipina Kota Kinabalu Review - Night Food Market ~

 

Hanya boleh didapati pada waktu malam, kawasan ini selain daripada menjual barangan harian dan juga barangan kraftangan, ia turut menjual pelbagai jenis makanan seakan-akan pasar malam. Di sini, kebanyakan makanan yang ditawarkan agak murah dan berbaloi.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment