Monday 13 July 2020

Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Madinah

Berada di Kota Madinah selama 8 Hari memang mencabar jiwa, lagi-lagi apabila segala makanan dan minuman perlu dicari dengan sendirinya kerana tidak termasuk didalam pekej yang telah kami ikuti.


Maka, disebabkan hal yang demikian, kaki kami telah membawa kami menerokai kawasan persekitaran untuk mencari makanan harian sepanjang kami berada di sini.


~ Tempat Makan Kota Madinah - No 1 : Al-Qaraat Restaurant ~

 

Tempat makan Al-Qaraat ini agak terkenal dengan para jemaah daripada Malaysia dan juga daripada Indonesia, kerana di Rumah Makan Indonesia ini menghidangkan hidangan masakan indonesia yang mana para jemaah daripada Malaysia turut menyukainya.

Sesekali menikmati makanan disini, dapat juga melepaskan rindu makanan Malaysia. Untuk menu-menu yang disediakan di Rumah Makan Indonesia ini, boleh lihat pada perkongsian penuh melalui pautan dibawah.



~ Tempat Makan Kota Madinah - No 2 : Arabic Kiosks ~

 

Memang banyak kiosk-kiosk kecil yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang berunsurkan makanan Arab boleh didapati di sekitar Masjid Nabawi, dimana memang senang bagi seseorang jemaah untuk mencarinya.

Kebanyakkan kiosk-kiosk ini menyediakan hidangan berunsurkan fast food, namun ada juga kiosk yang menyediakan hidangan berasaskan Nasi. Di pautan bawah ini saya kongsikan beberapa lokasi kedai makan yang boleh didapati di sekitar Masjid Nabawi berdasarkan lokasi pintu Masjid.

(Masjid Nabawi : Pintu 25, Pintu 5)


~ Tempat Makan Kota Madinah - No 3 : Nasi Unta ~

 

Salah satu hidangan yang terkenal di Arab Saudi, terutamanya di Kota Madinah, adalah hidangan Nasi Unta. Nasinya sama seperti hidangan yang boleh didapati di Malaysia, namun dagingnya adalah berbeza kerana di sini, dagingnya adalah daging unta.

Saya kongsikan dua (2) buah kedai yang telah kami pergi untuk menikmati hidangan nasi unta ini, melalui pautan dibawah.



~ Tempat Shopping Kota Madinah - No 1 : Bin Dawood Hypermarket ~


 

Bin Dawood Hypermarket adalah merupakan salah satu pusat membeli belah yang sangat digemari oleh si isteri, dengan variasi makanan, barangan harian serta macam-macam lagi boleh didapati disini.

Diantara barang-barangan yang boleh didapati di Bin Dawood Hypermarket ini telah dikongsikan di dalam pautan dibawah.




~ Tempat Shopping Kota Madinah - No 2 : 2 Riyal Shops ~


 

Kedai 2 Riyal ini pula memang menjadi pusat tumpuan kami yang sangat-sangat utama, dimana pelbagai hadiah dan sagu hati yang ingin kami bawa balik kami membelinya disini.

Berkenaan dengan barangan yang dijual di kedai 2 Riyal ini, anda boleh membaca pautan dibawah.




~ Tempat Shopping Kota Madinah - No 3 : Pasar Lama Madinah ~


 

Pasar Lama Madinah juga merupakan salah satu daripada tempat kegemaran kami untuk membeli barangan seperti baju, jubah, dan lain-lain lagi.

Namun, adakah harganya murah? Anda boleh membaca tentang Pasar Lama Madinah ini di pautan dibawah.




~ Tempat Shopping Kota Madinah - No 4 : Pasar Kurma ~


 

Kami ke Pasar Kurma ini, selama kami berada di Kota Madinah, pada asalnya hanya untuk membeli kurma untuk dibawa pulang ke tanah air. Akan tetapi, kami telah ke Pasar Kurma ini sebanyak tiga (3) kali.

Apakah yang kami beli disini, sehingga kami datang sebanyak tiga (3) kali? Anda boleh baca di pautan dibawah ini.




**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan lokasi tempat makan dan shopping di sekitar Kota Madinah. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment