Thursday 9 January 2020

Umrah 2019 | Part 13 | Madinah | Foodies near Gate 5

Kadang kala berjalan jauh untuk membeli makanan untuk dibawa pulang dan makan bersama-sama dengan keluarga di Hotel memang agak memenatkan, lebih-lebih lagi apabila jangka masa diantara waktu solat adalah sangat singkat.

 

Disebabkan hotel yang kami duduki di Kota Madinah adalah berhampiran dengan pintu bernombor 5, maka di dalam post ini saya kongsikan beberapa lokasi yang telah kami singgah untuk mengisi perut (makan tengah hari dan malam).


~ Umrah 2019 | Part 13 | Madinah | Foodies near Gate 5 - Ishtarahawt Al-Salam (near Gold Tulip Shakreen) ~

 

Ini adalah kedai yang pertama saya membuat pembelian ketika sampai di Kota Madinah, setelah menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi.

Boleh dikatakan kedai ini agak mudah untuk dilihat sebaik sahaja keluar daripada pintu bernombor 5 (berjalan menuju ke jalan raya), terletak di sebelah kiri.


 
 

Banyak menu yang boleh dipilih di kedai Ishtarahawt Assalam ini, dimana kebanyakkannya terdiri daripada makanan yang berunsurkan roti.

Menarik tentang kedai ini, hidangan percuma turut disediakan untuk para jemaah yang tidak mempunyai duit untuk membeli makanan di sini setiap hari. Masyaallah..

Disini, kami telah membeli dua (2) jenis makanan iaitu Chicken Half Broast dan juga Burger seperti dibawah.

 
 
Chicken Burger, 7 Riyal~

 
 
Chicken Half Broast yang sedang dijamu, 15 Riyal~

Chicken Half Broast yang disediakan disini agak masin bagi kami apabila dimakan, namun kemasinannya berkurangan jika dimakan bersama-sama dengan Roti yang disediakan.


~ Umrah 2019 | Part 13 | Madinah | Foodies near Gate 5 - Ishtarahawt Al-Sharrif (Opposite Hayah Plaza Hotel) ~


 

Lokasi kedua bagi kedai makan yang terletak berhampiran dengan pintu Masjid Nabawi bernombor lima (5) adalah Kedai Ishtarahawt Al-Sharrif yang terletak di lorong berhadapan dengan Hayah Plaza Hotel.


 

Pada awalnya, lokasi ini agak sukar untuk ditemukan kerana perjalanan dari Hayah Plaza Hotel ke Masjid Nabawi tidak melalui kawasan ini, namun disebabkan perasaan ingin tahu (selepas berpusing-pusing disekitar kawasan hotel), maka kami terus pergi dan membuat pesanan makanan.


 

Terdapat pelbagai hidangan yang berasaskan roti ditawarkan disini, daripada hidangan sharwarma, sehingga ke hidangan kebab ikan dan kentang goreng.


 
 
Chicken Half Broast, 15 Riyal~

Kedai ini adalah lokasi kegemaran kami ketika berada di Kota Madinah, dimana kedai ini menawarkan Chicken Half Broast yang menepati citarasa kami (ayam goreng disini agak pedas, kena dengan citarasa kami rakyat Malaysia).


~ Umrah 2019 | Part 13 | Madinah | Foodies near Gate 5 - Mazooq Al-Alim (beside Hayah Plaza Hotel) ~


 

Terakhir sekali adalah kedai Maazoq Al-Alim, yang terletak di tepi Hayah Plaza Hotel berhampiran (menghala ke kawasan Pasar Kurma Madinah).


 

Kedai ini menyediakan hidangan lain daripada yang lain, dimana mereka menjual hidangan Nasi Arab Ayam Bakar. Wow! Bunyi pun sangat sedap bagi kami yang mencari-cari hidangan asasi rakyat Malaysia ini; iaitu hidangan bernasi~


 
 
Nasi Arab Half Chicken, 20 Riyal~

Berkenaan dengan hidangan Nasi Arab ini, memang menjadi rebutan kami dan hampir-hampir tidak mencukupi dengan hanya satu set hidangan sahaja. Nasinya agak lazat, dan memang terasa rempah-ratus yang agak light.

Ayam bakarnya pula sangat lembut, dan terasa sangat sedap apabila dicicah dengan sos cili daripada Malaysia. Rasanya seakan-akan rasa Ayam Golek dari Malaysia!



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment