Monday, 20 January 2020

Umrah 2019 | Part 16 | Madinah | Masjid Quba' (Part 2)

Pada bahagian yang pertama berkenaan dengan Masjid Quba' yang terletak di Kota Madinah, saya lebih berkongsikan tentang fadilat-fadilat yang boleh diperolehi oleh umat Islam sekiranya menjaga air wuduq dari tempat kediaman.

 

Selain daripada keadaan Masjid Quba' yang tersergam indah dan dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung umat Islam dari seluruh dunia, terdapat juga beberapa lokasi sekitar Masjid Quba' yang dipenuhi dengan para penjual makanan-makanan dan buah-buahan tempatan.



~ Umrah 2019 | Part 16 | Madinah | Masjid Quba' (Part 2) - Masjid Quba' Baazar ~


 

Dibahagian bawah, berhampiran dengan dataran Masjid Quba', terletaknya berpuluh-puluh kiosk kecil yang menjual pelbagai jenis makanan dan buah-buahan tempatan seperti Kurma, Buah Tin, dan lain-lain lagi.


 
Berselfie bersama Hj Syeikh dan Hj Ridhwan (para jemaah yang berada di dalam satu kumpulan yang sama)~


Setelah kehadiran si isteri menunaikan solat sunat di dalam Masjid Quba', maka kami terus turun ke kawasan dataran dan melihat-lihat kedai-kedai serta barang-barang yang dijual di sini.


 
 
Beberapa Kurma segar (yang dibekukan bagi memastikan kesegarannya)~

 
 
Coklat dan juga kekacang (kismis, buah tin dalam pack pon ada)~

 
 
 
Kurma Ajwa (Kurma Nabi), 50 Riyal dapat 3kg~

 
Baju Jubah juga turut dijual di sini, harga pun berpatutan~


Setelah puas mencuci mata dan melontar (bahasa para jemaah, melontar duit.. Hahaha), maka kami melepaskan anakanda kami untuk bermain dan berlari di kawasan dataran ini~


 
 
Bermain-main dengan burung merpati~

 
Bermain-main dengan kucing~


Sewaktu kami ingin bergerak semula ke Bas Shuttle, Hj Nasran telah mencadangkan untuk kami menyinggah di kedai yang terletak di tempat letak kenderaan kerana katanya, harganya lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai di Dataran Masjid Quba'.


 
 
 

Disini lah si isteri membeli kurma segar untuk dimakan, dengan harga yang lebih murah daripada harga di Dataran Masjid Quba' iaitu hanya 15 Riyal bagi setiap kilogram.


 

Setelah selesai urusan jual beli, maka kami terus masuk kedalam bas shuttle untuk bergerak ke lokasi yang seterusnya.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Masjid Quba. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment