Asyik ke Kidzooona AEON Cheras Selatan sahaja, kali ini kami mencuba untuk merasai kelainan untuk bermain bersama-sama dengan anak-anak dimana saya telah membawa mereka untuk menerokai Kidzooona di Empire Subang pula.
Mengikut kepada keluasan Kidzooona di Empire Subang, dan dibandingkan dengan keluasan Kidzooona di AEON Cheras Selatan, di Empire Subang lebih kecil sedikit dan terletak di kawasan yang lapang.
Terdapat juga perbezaan dari segi alat permainan yang ditawarkan di Kidzooona Empire Subang, tidak boleh didapati di Kidzooona AEON Cheras Selatan.