Monday 9 July 2018

Kidzooona AEON Cheras Selatan Review

Di sekitar kawasan Lembah Klang memang terkenal dengan pusat-pusat permainan kanak-kanak yang terletak di dalam kawasan tumpuan orang ramai, terutamanya di dalam pusat-pusat membeli-belah.

 

Kidzooona yang terletak di dalam AEON Cheras Selatan adalah merupakan salah satu taman permainan untuk kanak-kanak, mengandungi pelbagai jenis permainan yang menguji minda serta beberapa lagi permainan yang memerlukan kecergasan fizikal masing-masing.

Jom kita lihat beberapa aktiviti dan juga permainan yang terdapat di dalam Kidzooona AEON Cheras ini.



~ Kidzooona AEON Cheras Selatan Review - Useful information ~


 

Sebelum memasuki sesebuah tempat dan kawasan permainan kanak-kanak, sudah semestinya beberapa perkara perlu diambil tahu terlebih dahulu, terutama sekali berkenaan dengan berapa ringgit dan juga sebarang promosi yang terdapat di sini.

Seperti yang tertera di dalam gambar diatas, kos kemasukan untuk kanak-kanak untuk sehari adalah hanya berharga RM 12 (untuk hari bekerja) dan RM 18 (untuk hujung minggu atau cuti umum).


 

Tambahan pula, ketinggian kanak-kanak yang ingin bermain-main di dalam taman permainan Kidzooona ini tidak melebihi 135CM dan harus diawasi oleh seorang penjaga yang berumur 18 tahun dan keatas.

 

Sebelum memasuki dan bermain di dalam Kidzooona ini, anda harus mengisi sebuah borang pendaftaran dan juga merupakan sebuah borang makluman dimana para penjaga perlu ambil tahu disepanjang anak-anak anda berada di dalam taman mainan ini.


~ Kidzooona AEON Cheras Selatan Review - Money-savvy Packages ~


Terdapat juga beberapa pakej yang menarik diperkenalkan di Kidzooona yang pasti menyelamatkan poket anda dan seterusnya menjimatkan anda juga; dikenali sebagai Kidzooona Passport (boleh rujuk didalam gambar untuk maklumat penuh).


Dengan menggunakan Kidzooona Passport ini, anda boleh masuk ke semua Kidzooona yang terletak di seluruh Malaysia dan tidak tertakluk kepada satu tempat sahaja (tempat yang anda beli passport tersebut).

 

Selain daripada itu, kepada mereka yang ingin membuat sambutan hari lahir di Kidzooona, pihak Kidzooona turut menyediakan 4 jenis pakej Sambutan Hari Lahir; Pakej Lala, Pakej Aeo, Pakej Pitant dan juga Pakej Panbit.


Segala informasi yang anda perlu tahu boleh didapati di dalam gambar diatas, termasuk harga, durasi, masa untuk melaksanakan majlis sambutan hari lahir dan lain-lain lagi.

~ Kidzooona AEON Cheras Selatan Review - The Playground ~

 

Seterusnya, sudah tiba masanya untuk saya berkongsi dengan anda permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang anak anda boleh laksanakan di Kidzooona AEON Cheras Selatan ini, digambarkan keseronokkannya di dalam gambar dibawah.

 
 
2-sided hand game~

 
 
 
Supermarket, Flower Shop and Restaurants~

 
 
 
 
Ball Pool and Hole-at-Wall~

 
 
 
Grand Slider~

 
Kinetic Sand~

 
 
 
Mini Games~

 
Mini Car~

 
Last but not least, resting place for parents~

**********

Kidzooona AEON Cheras Selatan ini adalah merupakan salah satu taman mainan kanak-kanak yang telah berjaya menawan hati kami para ibu bapa yang mementingkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan pengalaman dan juga keseronokan kepada anak-anak kami.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang dengan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang akan saya kongsikan kepada anda.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment