Friday 13 July 2018

Sakae Sushi Review

Memang terdapat banyak lambakan restoran-restoran masakan Jepun yang boleh didapati di dalam Malaysia, lebih-lebih lagi restoran yang hanya boleh di dapati di pusat-pusat membeli belah sahaja.

 

Salah satu restoran masakan Jepun yang kami cuba, Sakae Sushi, pada asalnya hanya untuk merasai hidangan sushi yang disediakan disini akhirnya menyebabkan kami mengambil hidangan-hidangan masakan Jepun yang lain seperti Udon, Curry Rice dan lain-lain lagi.

Jom saya kongsikan masakan Jepun yang telah kami cuba disepanjang penyinggahan kami di Sakae Sushi ini.



~ Sakae Sushi Review - The Sushi Menu ~

 

Pengiraan sushi di Sakae Sushi ini bergantung kepada hidangan dan juga kod warna pinggan yang anda ambil, mempunyai lebih daripada 20 jenis sushi yang dihidangkan disini. Sekiranya anda lihat kepada pinggan-pinggan di dalam gambar diatas, terdapat 4 warna yang membezakan harga setiap hidangannya.

 

Kod harga bagi setiap pinggan yang menyediakan hidangan sushi adalah seperti berikut; Hijau (RM 1.99), Merah Jambu (RM 3.99), Merah (RM 5.99) dan Biru (RM 7.99). Ianya berbeza mengikut harga, jadi sebelum anda memilih hidangan yang anda suka, pastikan dahulu harganya ya?

 

Terdapat juga hidangan sushi yang diminati oleh kanak-kanak seperti Manju. Ianya mempunyai 3 jenis perasa iaitu Kacang Merah, Kacang Hijau dan juga Kaya mengikut warna manju tersebut.

Seterusnya adalah makanan Jepun yang telah kami rasai selain daripada hidangan Sushi ini.


~ Sakae Sushi Review - Chicken Teri Ramen ~

 

Sebuah hidangan Ramen yang disediakan dengan sup yang tidak berapa pekat, namun terdapat kehadiran kepingan Ayam yang agak lembut, dipotong dan diletakkan di dalam hidangan ini memberikan suatu sensasi yang agak lazat sekiranya direndam di dalam sup.

Selain daripada kehadiran kepingan Ayam ini, terdapat juga beberapa cendawan, telur dan juga sayuran yang menambahkan kelazatan hidangan ini. Harga untuk hidangan ini adalah RM 18.99 untuk satu hidangan sahaja.


~ Sakae Sushi Review - Chicken Katsu Jyudon ~

 

Hidangan kepingan Ayam bagi hidangan ini adalah sama dengan yang disediakan di dalam Chicken Teri Ramen, namun ianya digoreng dan diletakkan sejenis sos manis serta beberapa bawang dan juga telur memberikan rasa yang agak unik ketika menjamu hidangan ini.

Sudah semenstinya apabila disebut "Gyudon", hidangan ini didatangi dengan Nasi Putih yang terletak di bawah kepingan ayam goreng ini. Harganya hanya RM 14.99 untuk satu hidangan sahaja.


~ Sakae Sushi Review - Curry Katsu Jyudon ~

 

Hanya meletakkan kari di dalam hidangan Chicken Katsu Jyudon telah mengubah rasa hidangan ini menjadi Curry Katsu Jyudon, lebih berkuah dan juga agak unik bagi mereka yang tidak beberapa kenal dan tidak pernah rasa kari daripada Jepun.

Kari daripada Jepun memang berbeza jika dibandingkan dengan kari yang biasa kita makan di kedai-kedai mamak, dimana karinya lebih plain dan dipenuhi dengan sayuran berbanding dengan daging mahupun ayam.

Hidangan Curry Katsu Jyudon ini hanyalah berharga RM 14.99 sahaja.


~ Sakae Sushi Review - Gyu Kino Jyudon ~

 

Selain daripada hidangan yang berasaskan ayam, terdapat juga hidangan yang berasaskan daging seperti Gyu Kino Jyudon ini. Berbeza sedikit dengan cara hidangan Chicken Katsu Gyudon (ayam digoreng), daging di dalam hidangan ini dipotong dengan nipis dan seterusnya disalai.

Tambahan dengan sos manis, sayuran seperti cendawan dan juga kubis serta sayur jeruk ini menyebabkan hidangan ini menjadi sedap dan lazat. Yang penting sekali, ianya dihidangkan dengan nasi.

Harga untuk satu hidangan ini adalah hanya RM 18.99 sahaja.


~ Sakae Sushi Review - Zaru Udon ~

 

Harga Zaru Udon ini agak murah jika dibandingkan dengan hidangan Udon yang lain dimana ianya hanya berharga RM 8.99 sahaja. Sekiranya ingin dikatakan bersesuaian untuk kanak-kanak, ianya bergantung kepada anak anda. 

Bagi Irfan, hidangan ini memang bersesuaian disebabkan tidak terdapat sayuran mahupun daging di dalamnya, hanya Udon dan juga Sup sahaja.

**********

 

Anda perlu berhati-hati ketika menikmati hidangan di Sakae Sushi ini dimana sekiranya anda menggunakan Tisu Basah yang disediakan disini, maka anda harus membayarnya (RM 0.30 satu). Oleh itu, saya menyarankan supaya anda membawa tisu basah anda sendiri jika ingin menikmati hidangan Jepun disini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment