Friday 27 July 2018

Japan Boat Takoyaki IOI City Mall Review

Takoyaki memang merupakan salah satu makanan Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sering kali dijadikan sebagai makanan ringan, selalu didapati di pasaraya-pasaraya besar seperti AEON pada suatu ketika dahulu.

 

Kini, sejak banyak makanan-makanan Jepun telah berjaya diterima oleh penduduk di Malaysia, maka terdapat lambakan kedai-kedai dan restoran-restoran yang menyediakan makanan Jepun di Malaysia lebih-lebih lagi di Pusat-pusat membeli belah di seluruh Malaysia.

Salah satu daripada makanan Jepun yang kami cuba pada kali ini adalah di Japan Boat Takoyaki yang terletak di IOI City Mall, memfokuskan hidangan Takoyaki sahaja.



~ Japan Boat Takoyaki IOI City Mall Review - The Menu and Price ~

 

Di Japan Boat Takoyaki IOI City Mall, terdapat 3 jenis perasa sahaja yang anda boleh dapat iaitu perasa Original, Spicy dan juga Wasabi. Mengikut kepada citarasa anda, anda yang memang gemarkan hidangan yang pedas boleh mengambil perasa Wasabi (jika boleh hadam dengan rasa tersebut).

 

Setiap satu Takoyaki Boat ini mempunyai 3 biji takoyaki sahaja, mengikut kepada perasa yang anda telah pilih. Selain daripada itu, terdapat beberapa set yang disediakan disini seperti dibawah (termasuk sekali dengan harga).

Set A : 1 Takoyaki Boat + 1 Minuman
RM 6.50

Set B : 3 Takoyaki Boat
RM 13.50


Bagi anda yang tidak inginkan set, maka anda boleh mengambil hidangan secara ala-carte dengan harga seperti dibawah.

Takoyaki (per boat)
RM 5.20

Peppermint Green Tea
Mango Juice
RM 2.00

Drinking Water
RM 1.50


**********

Sesungguhnya terdapat pelbagai kedai yang menawarkan makanan Jepun seperti Takoyaki di sekitar Lembah Klang, lebih-lebih lagi di pusat-pusat membeli belah yang besar. Sekiranya saya terjumpa lagi dengan kedai yang menyediakan hidangan seperti ini, saya akan kongsikan dengan anda.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang aakan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment