Monday 23 July 2018

Keropok Lekor Kak Yati Pengkalan Setar Kuala Terengganu Review

Sewaktu saya berada di Kuala Terengganu di atas urusan kerja (perjumpaan dengan TESDEC), saya telah mendapat saranan daripada staff TESDEC untuk merasai sendiri keaslian keropok lekor yang hanya boleh didapati di sekitar Marang.

 

Menurut kepada staff TESDEC, untuk mendapat keropok lekor yang sedap di Kuala Terengganu, beliau menyarankan untuk ke Pengkalan Setar, terletak kira-kira 5 minit perjalanan menaiki kenderaan dari TESDEC.

Di sini, selain daripada membeli-belah, anda juga boleh melihat aktiviti yang jarang anda lihat. Jom saya kongsikan dengan anda pengalaman saya di sini.


~ Keropok Lekor Kak Yati Pengkalan Setar Kuala Terengganu Review - Keropok Lekor Processing ~

 

Di sini anda boleh melihat dengan mata anda sendiri cara memproseskan keropok lekor. Memang menarik, dimana ianya menggunakan cara tradisional dengan membiarkan keropok tersebut kering di bawah cahaya matahari.

Dengan cara ini, rasa keropok lekor tersebut tidak akan hilang. Lebih menarik lagi, kandungan ikan yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor lebih banyak daripada kandungan tepung.

Proses pemotongan keropok lekor ini biasanya dibuat pada awal pagi sebelum matahari terbit, dan kemudiannya ditinggalkan di bawah kehangatan sinar matahari seharian untuk mengeringkannya.


~ Keropok Lekor Kak Yati Pengkalan Setar Kuala Terengganu Review - The Merchandise ~

 

Terdapat pelbagai jenis keropok yang dijual di kedai Kak Yati Pengkalan Setar ini, termasuk keropok lekor, keropok losong, keropok goreng, keropok pedas, sate ikan dan lain-lain lagi. 

 

Harga untuk setiap satu juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga di pasar-pasar di sekitar Kuala Terengganu. Keropok Losong yang mempunyai 3 batang, berukuran kira-kira 1 meter hanya berharga RM 5.00 sahaja.

 

Selain daripada pelbagai jenis keropok, terdapat juga sos pencecah keropok yang sedap dijual disini. Jika melihat kepada gambar diatas, sos yang paling kiri sekali terbukti lebih sedap jika dibandingkan dengan sos yang lain.

Lebih menguntungkan, harga sos pencecah ini hanya RM 3.00 untuk satu botol sahaja. Berbaloi, memang berbaloi.

**********

Murah. Sedap. Berbaloi. Inilah pandangan saya terhadap keropok-keropok dan juga sos serta pelbagai jenis makanan yang disediakan disini.

Sekiranya anda peminat setia kepada Keropok Lekor mahupun Keropok Losong Terengganu, maka lokasi ini wajib anda tujui untuk menikmati keropok-keropok yang dijual disini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

2 comments: