Thursday 30 July 2020

Melantak Restaurant Klebang Review

Sehari sebelum berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Malaysia disebabkan pendemik Covid-19 ini, kami berada di Melaka Bandaraya Bersejarah diatas urusan peribadi untuk menyambut dan meraikan hari ulang tahun perkarwinan Wawa dan juga Akmal.

Lokasi ini dipilih oleh mereka sendiri (Najwa dan Akmal) untuk merasai hidangan Western yang dihidangkan disini, kerana pada asalnya, kami hanya mengimpit mengikuti mereka sahaja.. Hehe, tak malu betul~~

Disebabkan Restoran Melantak yang terletak di Klebang ini menjadi pilihan, maka tidak salah untuk kita lihat hidangan dan menu yang turut disediakan di restoran ini.


Monday 27 July 2020

Xin Fu Tang Klebang Review

Ramai yang mengatakan bahawa Bubble Milk Tea yang dibuat oleh sebuah kedai yang diberi nama Xin Fu Tang ini mempunyai keenakkannya yang tersendiri, menyebabkan kami terasa ingin mencuba hidangan Bubble Milk Tea yang terletak berhampiran dengan The Wave Residence di Klebang, Melaka.

Dengan rasa ingin tahu, maka saya bersama-sama dengan anakanda yang pertama, Izz Irfan Shah menerokai kedai Xin Fu Tang yang terletak berhampiran dengan homestay yang kami diami ketika ini.


Thursday 23 July 2020

The Wave Residence Klebang Melaka Review

Berada di Bandar Melaka semasa cuti persekolahan pada awal tahun ini sangat bermakna bagi kami, dimana kami dapat menginap di sebuah service apartment yang terletak di The Wave Residence, Klebang.


Pada asalnya, kami bercadang untuk pergi hanya dengan keluarga kami sahaja, namun apabila difikirkan semula, kegembiraan haruslah dikongsi bersama-sama, maka kami menjemput kesemua adik-adik si isteri yang ingin ikut bersama.


Monday 20 July 2020

Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah

Berada di Kota Mekkah selama sebelas (11) hari ini memang memberi saya seribu satu makna, selain daripada beribadah di Masjidil Haram dengan meneroka lokasi-lokasi disekitar Kota Mekkah untuk mengisi perut sebelum dan selepas melakukan ibadah disini.

Berikut adalah beberapa lokasi tempat makan dan juga tempat membeli belah yang telah kami pergi yang terletak di Kota Mekkah.


Thursday 16 July 2020

11 Tempat bersejarah di Kota Mekkah dan sekitarnya yang anda harus lawati

Salam sejahtera semua. Di bahagian ini, saya akan menggabungkan tempat-tempat bersejarah yang telah kami lawati ketika berada di Kota Mekkah disepanjang 11 hari kami berada disini sewaktu menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 2019.

 

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Mekkah, sama ada ianya terletak berhampiran dengan Masjidil Haram mahupun yang terletak di kawasan luar Kota Mekkah (yang kebanyakkannya adalah lokasi penting dalam Sejarah Islam).

Tanpa membuang masa, di sini, saya akan berkongsikan dengan anda koleksi Tempat bersejarah di Kota Mekkah dan sekitarnya untuk santapan hati.


Monday 13 July 2020

Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Madinah

Berada di Kota Madinah selama 8 Hari memang mencabar jiwa, lagi-lagi apabila segala makanan dan minuman perlu dicari dengan sendirinya kerana tidak termasuk didalam pekej yang telah kami ikuti.


Maka, disebabkan hal yang demikian, kaki kami telah membawa kami menerokai kawasan persekitaran untuk mencari makanan harian sepanjang kami berada di sini.


Thursday 9 July 2020

9 Tempat bersejarah di Kota Madinah dan sekitarnya yang anda harus lawati

Salam sejahtera semua. Di bahagian ini, saya akan menggabungkan tempat-tempat bersejarah yang telah kami lawati ketika berada di Kota Madinah disepanjang sembilan (9) hari kami berada disini sewaktu menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 2019.

 

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Madinah, sama ada ianya terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi mahupun yang terletak di kawasan luar Kota Madinah (yang kebanyakkannya adalah tapak peperangan).

Tanpa membuang masa, di sini, saya kongsikan dengan anda koleksi edisi Tempat bersejarah di Kota Madinah dan sekitarnya untuk santapan hati.


Monday 6 July 2020

Umrah 2019 | Part 60 | Mekkah | Masjidil Haram

Setelah mengenali suasana di Kota Madinah dan juga di Kota Mekkah, bagi edisi Umrah yang telah kami lalui selama 22 Hari dimana kebanyakkan masa kami berada di dalam Masjid Nabawi (di Kota Madinah) dan Masjidil Haram (di Kota Mekkah), maka kami telah pun tiba di penghujungnya.

 

Maka, bagi menutupi edisi Umrah 2019 pada kali ini, saya akhiri dengan bahagian Masjidil Haram yang terletak di Kota Mekkah.



Thursday 2 July 2020

Umrah 2019 | Part 59 | Mekkah | Bukit Safa dan Bukit Marwah

Setelah selesai melawat dan menziarah beberapa lokasi penting seperti Perpustakaan Mekkah, Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w bersama Siti Hadijah dan beberapa lagi lokasi penting berhampiran dengan Bukit Safa dan Bukit Bukit Marwah, pada post ini, saya akan berkongsi pula lawatan sendirian berhad yang saya buat.

 

Lawatan sendirian berhad yang saya lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah lawatan ke lokasi para jemaah melakukan ibadah Saie diantara Bukit Marwah dan Bukit Safa.