Wednesday 11 July 2018

Johnny's Steamboat Review

Setiap kali kami teringin makan steamboat, kami asik teringat sahaja beberapa lokasi yang menarik untuk menikmati hidangan steamboat, dan salah satu daripadanya adalah Johnny's Steamboat yang boleh didapati di pusat-pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang.

 

Kami mula menjinakkan diri untuk menikmati hidangan steamboat sejak 10 tahun yang lalu, sebelum mendirikan rumah tangga dengan merasai steamboat di Restaurant Johnny's. Memang dikatakan restoran ini membuatkan kami mengenang kembali sejarah silam kami bercinta dahulu.

Meskipun sekarang masih lagi bercinta, cuma terdapat kehadiran 2 orang si comel untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama.



~ Johnny's Steamboat Review - The Menu ~

 

Terdapat pelbagai jenis menu yang ditawarkan di Johnny's Steamboat, dimana ianya dibahagikan kepada beberapa menu set dan juga menu ala-carte.

Bagi anda yang tidak ingin mengambil menu set (disebabkan beberapa makanan yang anda tidak makan), untuk menu ala-carte terdapat lebih daripada 50 jenis menu yang anda boleh pilih; terdiri daripada bebola, daging-daging, makanan laut, sayuran dan lain-lain lagi.

Harga bagi setiap hidangan ini juga berbeza. Untuk hidangan seafood, harga-harganya adalah daripada serendah RM 3.50 (Crab Stick) dan boleh mencecah sehingga RM 9.50 (Salmon Slice) untuk satu hidangan. 

Anda boleh terokai sendiri pelbagai jenis hidangan dan menu ala-carte yang anda ingin pilih dibawah, terdiri daripada bahagian Seafood, Noodles, Egg, Tofu, Vegetables, Mushroom, dan juga House Specialty.

 
 
 
 
 
Menu-menu ala-carte yang disediakan~

 
 
Menu-menu set yang disediakan~


Selain daripada itu, saya juga turut kongsikan dengan anda menu-menu selain daripada menu steamboat untuk anda yang inginkan kelainan ataupun penambahan sewaktu menikmati hidangan steamboat ini.

 
 
 
 
 
 


Oleh itu, sebarang hidangan adalah bergantung kepada anda, samada anda inginkan hidangan steamboat mahupun hidangan selain steamboat.


~ Johnny's Steamboat Review - Our Selection ~

 

Sudah semestinya untuk mengimbas kembali detik-detik pertama kali makan steamboat bersama, kami memilih hidangan steamboat yang terdiri daripada hidangan seperti dibawah.

 

Foods
Seafood Tofu : RM 5.90
Stuffed Tofu : RM 4.50
Sliced Beef : RM 6.90
Chick Fillet : RM 3.90
Chic Cocktail : RM 4.90
Oyster Mushroom : RM 2.90
Bee Hoon : RM 1.50
Plain Rice : RM 2.00

Drinks
Plain Water : RM 0.80 (Diet punya pasal)
Iced Tea : RM 3.90
Iced Milo : RM 4.90


 

Tetapi, apa yang lebih menarik ketika menjamu hidangan steamboat di Johnny's Steamboat ini adalah sos steamboat yang disediakan; Sos Pencicah Thai yang boleh didapati hanya di Johnny's Steamboat (resepi sendiri oleh Johnny's Steamboat).

Rasanya lebih kepada rasa tomyam, serta terdapat rasa kemasam-masaman ketika dirasa.

**********

Kepada anda yang ingin berjimat dan merasai hidangan steamboat, Johnny's Steamboat adalah merupakan destinasi yang perlu anda pergi. Namun, sekiranya anda inginkan hidangan yang mengenyangkan perut tanpa menghiraukan tentang harganya, maka Bakar-Bakar Bangi dan Seoul Garden adalah pilihan yang tepat.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Kena semak kembali adakah halal bahan bahan di sini, dari sumber dan ramuan masakannya

    ReplyDelete