Wednesday 4 July 2018

Javian Kitchen Seri Kembangan Review

Setelah sekian lama sahabat saya yang merantau dari Sarawak untuk bekerja di Kuala Lumpur akhirnya telah berjaya bertemu dengan sebuah kedai makan yang menyediakan masakan yang sama dengan masakan di Sarawak, iaitu Javian Kitchen yang terletak di Seri Kembangan.

 

Javian Kitchen di Seri Kembangan ini menyajikan pelbagai jenis hidangan borneo (atau makanan Sarawak) bagi mereka yang ingin merasai keunikkan masakan dan makanan tersebut.

Ini adalah pertama kali kami berdua (dan juga merupakan blogger) bersama-sama datang di sini untuk merasai makanan tradisi Sarawak di Javian Kitchen.


~ Javian Kitchen Seri Kembangan Review - The Menu ~

 

Nama hidangan yang disediakan disini sangat pelik bagi saya yang jarang ke Sarawak untuk menikmati hidangan tradisi mereka. Di Javian Kitchen Seri kembangan, saya boleh merasai hampir kesemua hidangan tradisi Borneo.

Diantara masakan Borneo yang anda boleh rasai disini termasuk Nasi Katok, Nasi Kolok, Laksa Sarawak, Nasi Goreng Dabai, Umai, Bambangan dan lain-lain lagi.

 

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda hidangan yang telah kami pilih untuk dirasai (sebenarnya Amirul Ridzwan selaku orang Sarawak yang pilih, saya makan sahaja).


~ Javian Kitchen Seri Kembangan Review - Umai Ikan Tenggiri ~

 

Umai ini adalah merupakan masakan tradisi utama yang dihidangkan di negeri Sarawak dimana rasanya agak masam-masam disebabkan perahan air limau kedalam hidangan ini. Ikannya pula dipotong kecil-kecil dan dihidangkan dalam keadaan yang mentah.

Apabila saya merasai hidangan ini, ternyata sungguh berbeza jika dibandingkan dengan makanan tradisi di Semenanjung Malaysia. Selain daripada ikan mentah, terasa juga kepedasan yang datangnya dari cili yang digaul bersama-sama di dalam hidangan ini.

Harga untuk satu hidangan Umai Ikan Tenggiri di Javian Kitchen Seri Kembangan ini hanyalah RM 8.00 sahaja.


~ Javian Kitchen Seri Kembangan Review - Ayam Lulun Cara Pansuh ~

 

Ayam Lulun Cara Pansuh ini pula seakan-akan Sup Ayam, namun terdapat pelbagai jenis isi yang boleh didapati di dalam ini menyebabkan rasa dan kuahnya menjadi pekat. Secara tidak langsung, ianya menimbulkan rasa yang unik namun ianya agak sedap.

Harga untuk satu hidangan Ayam Lulun Cara Pansuh ini adalah RM 13.00 sahaja.


~ Javian Kitchen Seri Kembangan Review - Daun Ubi Goreng ~

 

Daun ubi yang dilenyek-lenyek dan kemudiannya digoreng secara sederhana ini menjadi hidangan sayuran kami pada kali ini. 

Sejujurnya, hidangan ini agak tawar ketika dimakan begitu sahaja, akan tetapi apabila dimakan bersama-sama dengan hidangan di atas, ianya dapat mengurangkan sedikit rasa kemasam-masaman oleh lauk-lauk yang lain.

Harga untuk satu hidangan Daun Ubi Goreng ini hanyalah RM 8.00 sahaja.

**********

Berbeza dengan makanan dan masakan tradisi Sarawak dan juga Semenanjung, sekiranya berdasarkan kepada makanan yang saya makan di Javian Kitchen ini, hidangan di Sarawak lebih kepada kemasam-masaman.

Akan tetapi, ianya memberikan satu kelainan dan keunikkannya yang tersendiri bagi mereka yang ingin merasai dengan sendirinya masakan dan makanan tradisi Sarawak di Semenanjung.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment