Monday 30 July 2018

Kidzooona Empire Subang Review

Asyik ke Kidzooona AEON Cheras Selatan sahaja, kali ini kami mencuba untuk merasai kelainan untuk bermain bersama-sama dengan anak-anak dimana saya telah membawa mereka untuk menerokai Kidzooona di Empire Subang pula.

 

Mengikut kepada keluasan Kidzooona di Empire Subang, dan dibandingkan dengan keluasan Kidzooona di AEON Cheras Selatan, di Empire Subang lebih kecil sedikit dan terletak di kawasan yang lapang.

Terdapat juga perbezaan dari segi alat permainan yang ditawarkan di Kidzooona Empire Subang, tidak boleh didapati di Kidzooona AEON Cheras Selatan.


~ Kidzooona Empire Subang Review - Rules, Regulation and Price ~

 

Rata-rata peraturan dan juga harga Kidzooona yang terletak di Semenanjung Malaysia adalah sama sahaja, kecuali di Sabah dan Sarawak dimana saya difahamkan harganya berbeza sedikit dari di Semenanjung Malaysia.

Untuk mengetahui peraturan-peraturan, harga-harga dan juga promosi yang ada, anda boleh klik pada pautan ini : Kidzooona AEON Cheras Selatan.


~ Kidzooona Empire Subang Review - Duplicated Facilities ~

 

Di Kidzooona Empire Subang, terdapat tempat mainan yang sama dengan, di duplikasi daripada Kidzooona AEON Cheras Selatan (mungkin sebaliknya) seperti mainan Supermarket di gambar diatas, dan beberapa lagi gambar-gambar di bawah.

 
 
Ball Pool and Trampoline~

 
2-sided Hand Game~

 
 
Kinetic Sand~

 
Mini Car~

 
Mini Games~

 
Sambungan kepada Restoran Game~

 
Dan tidak ketinggalan, tempat berehat untuk keluarga~


~ Kidzooona Empire Subang Review - New Games ~

 

Di Kidzooona Empire Subang terdapat 2 jenis pemainan yang tidak boleh didapati di Kidzooona AEON Cheras Selatan, di mana saya kongsikan dengan anda permainan-permainan tersebut menerusi gambar-gambar dibawah.

 
Rolling Air Balloon~

 
Interactive Mobile and Tablet Area~

Untuk berada di kawasan diatas, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai Tablet, anda harus mengawasi anak anda supaya tidak bermain tablet tersebut dengan masa yang lama. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan ketagihan.

Namun, semua aplikasi yang telah dimasukkan adalah berunsurkan kepada ilmu pengetahuan dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik. Tetapi harus diingatkan lagi sekali, diharap anak-anak anda diawasi ketika berada di kawasan ini.

Pergaduhan dan tangisan mungkin akan berlaku.. Hahahaha~

**********

Secara kesimpulan, terdapat kelebihan dan kekurangan yang ditawarkan pada setiap pusat Kidzooona di seluruh Malaysia. Bagi saya, walaupun ianya kurang, namun apabila melihat anak-anak berlari sana sini dengan muka yang penuh teruja tanpa mengenal erti letih memang memuaskan.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment