Ziarah dalaman Kota Mekkah diteruskan lagi dengan melawat lagi beberapa tempat dan lokasi yang bersejarah di sekitar Masjidil Haram, yang juga merupakan lokasi dimana Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan permulaan dakwah Baginda disini.
Lokasi pertama di pagi yang mulia ini (yang juga merupakan hari yang kedua kami melakukan aktiviti ziarah dalaman ini) adalah Perpustakaan Mekkah.
Lokasi Perpustakaan Mekkah ini terletak di kawasan luar diantara Bukit Safwa dan Bukit Marwa, dikatakan merupakan lokasi dimana menjadi rumah dimana Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan. Kesahihannya masih lagi kabur-kabur.
Namun, sekiranya ianya adalah benar, maka Perpustakaan Mekkah ini adalah merupakan rumah Abdul Mutallib dimana beliau merupakan datuk kepada Baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kepada Mutawwif yang membawa kami ke lokasi ini, peristiwa kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w ke bumi Arab ini adalah pada waktu matahari terbit (dikatakan diantara waktu Syuruk) dimana sinaran matahari tersebut memancari memasuki pintu hadapan bangunan ini.
Namun, ketika kami datang menziarah kawasan ini, Mutawwif telah memaklumkan bahawa paksi matahari sudahpun lari dan tidak lagi memancari memasuki pintu hadapan bangunan.
Kami tidak lama berada di kawasan ini, dan apabila kami selesai berdoa, maka kami pun meneruskan perjalanan ke lokasi yang seterusnya.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment