Setelah melihat tapak rumah Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Siti Hadijah r.a sebelum Baginda berhijrah ke Kota Madinah, maka kami melihat lokasi tapak bersejarah yang lain juga.
Lokasi tapak yang kedua adalah tapak rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, yang terletak berhampiran dengan Kompleks Jabal Omar.
Merujuk kepada post Pizza Hot sebelum ini, lokasi tapak rumah Saidina Abu Bakar r.a sebenarnya sangat dekat dengan lokasi Pizza Hot ini, terletak di tingkat yang teratas sekali.
Kini, bersama-sama dengan Mutawwif sebagai penunjuk jalan, kami pun tiba di Tapak Rumah Saidina Abu Bakar r.a yang telah dinaik taraf menjadi sebuah masjid, namun ianya hanya dibuka pada masa-masa yang tertentu sahaja.
Ketika kehadiran kami melawat tapak rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a ini, pintunya telah dikunci dan kami tidak dapat memasuki ke kawasan dalaman tapak rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a yang telah dijadikan sebuah Masjid.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian ringkas berkenaan dengan Tapak Rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Semoga kita bertemu lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment