Monday 23 March 2020

Umrah 2019 | Part 33 | Mekkah | Pencarian Kunafa'

Pencarian manisan yang bernama Kunafa' diteruskan lagi di Kota Mekkah, dicari tatkala si isteri tiba-tiba teringin memakan Kunafa setelah beberapa hari menetap di Kota Mekkah ini.

 

Pada asalnya, kami mengalami kesukaran untuk mencari Kunafa' ini kerana tiada di Al Safwa Tower tingkat dua (2), namun apabila bertemu dengan Abang Andung kami di sini, beliau memberitahu sebuah lokasi untuk kami dapatkan Kunafa' tersebut.


~ Umrah 2019 | Part 33 | Mekkah | Pencarian Kunafa' - Pizza Hot Kiosk ~

 

Kiosk Pizza Hot ini terletak satu bangunan dengan Mc Donald (yang terletak di sebelah kiri sekiranya keluar daripada Menara Jam Mekkah), di tingkat yang kedua di dalam kawasan gerai-gerai makanan yang lain.

 
 
Kunafa' yang disediakan dan dijual di Kedai Pizza Hot ini~


Kunafa' yang dijual di Kedai Pizza Hot ini rasanya hampir serupa dengan rasa yang kami dapati di Kota Madinah sebelum ini, dengan harga 8 Riyal bagi satu hidangan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis hidangan yang turut dijual di kedai ini, termasuk:-

 
 
Jus yang diperbuat daripada buah-buahan sebenar~

 
 
Minuman panas dan sejuk~

 
Murtabak, pizza dan lain-lain lagi~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment