Selepas selesai melakukan ibadah serta tidur untuk mendapatkan semula tenaga untuk melakukan ibadah yang seterusnya, pihak ZamZam Pullman Hotel turut menyediakan hidangan sarapan kepada para tetamu mereka yang menetap disini.
Walaupun keadaan bilik hotel, serta katilnya yang sangat empuk yang menyebabkan kami sukar untuk bangun, namun kami terpaksa mengetepikan kesemua itu dan membetulkan semula niat kami untuk menunaikan Umrah.
Untuk memulakan hari yang panjang, maka sarapan pagi amatlah penting bagi kami sekeluarga.
Makanan yang dihidangkan di restoran ZamZam Pullman Hotel yang terletak di Mekkah ini memang 100% sangat berbeza dengan hidangan di hotel-hotel Malaysia.
Kebanyakkan hidangan yang diberikan adalah berdasarkan hidangan daripada gandum (roti yang pelbagai jenis), keju, yogurt dan macam-macam lagi.
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil bagi menyediakan para jemaah yang lain yang akan menginap disini pada masa akan datang.
Bahagian Roti-roti~
Bahagian Keju, buah-buahan dan sayuran~
Bahagian yogurt, manisan (puding roti), dan perasa tambahan~
Bahagian makanan berat dan bijirin~
Bahagian minuman sejuk dan panas~
Bahagian masakan panas-panas~
Alhamdulillah, sangat banyak hidangan yang lazazt-lazat disediakan di Restoran ZamZam Pullman Hotel ini, cukup bagi kami sekeluarga untuk mengisi perut sehingga waktu solat Maghrib.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment