Selain daripada kedai-kedai yang menjual barangan pakaian serta makanan yang telah dikongsi pada post yang sebelumnya, terdapat satu kawasan yang sangat penting bagi para jemaah untuk melaksanakan ibadah Tahalul (atau dikenali sebagai bercukur) untuk melengkapkan ibadah umrah.
Daripada luar Masjidil Haram, memang mudah untuk melihat kawasan ini, dimana jalan masuknya hanyalah satu sahaja iaitu dari bahagian hadapan.
Di dalam Al Safwa Tower ini memang banyak kedai gunting rambut dimana setiap satunya menawarkan perkhidmatan mencukur rambut (bagi yang melengkapkan ibadah umrah dan haji).
Setiap kali mencukur, setiap para jemaah hanya perlu membayar sebanyak 10 Riyal untuk seorang sahaja, dan memang setiap kedai gunting rambut di sini memang menawarkan harga yang serupa.
Disebabkan saya sudahpun bertahalul, maka Izz Irfan juga turut sama ingin bercukur bersama-sama, maka gambar-gambar dibawah ini diambil sewaktu Izz Irfan ingin mencukur rambut bersama-sama,
Okey, dua (2) budak botak sudah selesai bertahalul~
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment