Di Bandar Baru Bangi memang terkenal dengan sebuah jenis masakan Indonesia dimana apabila dikatakan untuk merasai masakan Ayam Penyet, sudah semestinya nama kedai Wong Solo Bangi akan menjadi sebutan ramai.
Lokasi Wong Solo ini agak sukar untuk dijumpai terutama kepada anda yang pertama kali sampai di Bangi kerana ianya terletak di belakang jalan utama. Sekiranya anda ingin mencari kedai ini, Waze atau Google Map adalah aplikasi yang sesuai untuk anda.
Dibuka dari jam 11.30 pagi sehingga 10.30 malam, jom kita terokai makanan yang disediakan di sini.
Menu yang disediakan di kedai ini sudah tidak asing lagi bagi peminat makanan masakan Indonesia seperti Ayam Penyet, Penyet Bolado, Siakap Bakar, Gado-Gado dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda datang bersama-sama dengan keluarga, sudah semestinya hidangan set menjadi pilihan; seperti Set Medah, Set Bandung, Set Surabaya, Set Jakarta mahupun Set Ekonomi.
Terdiri lebih daripada 40 jenis menu masakan, anda boleh memilih yang mana satu menjadi pilihan hati anda.
~ Wong Solo Bangi Review - Set Ekonomi ~
Set Ekonomi yang berharga RM 12.90 setiap hidangan sudah semestinya menjadi pilihan kami yang ingin merasai hidangan di Wong Solo (disebabkan duit semakin berkurang setiap hari selepas gaji).
Untuk Set Ekonomi Ayam Penyet, ianya dihidangkan dengan Tauhu dan Tempe Goreng, Sambal Terung (Terung Balado), Nasi dan juga Ayam Goreng. Saiz Ayam Gorengnya agak kecil (dipotong kepada 8 bahagian) dan tidak dilenyekkan atau dipenyetkan selepas digoreng.
Untuk Set Ekonomi Ayam Bakar pula dihidangkan sama dengan Set Ekonomi Ayam Penyet, namun yang membezakannya adalah ayamnya dibakar.
Rasa kedua-dua hidangan ini (Ayam Penyet dan Ayam Bakar) memang lazat, dimana bagi saya, nasi yang dihidangkan bersama-sama dengan set ini tidak mencukupi.
Sambal Terung (Terung Balado) ini juga agak pedas bagi mereka yang tidak tahan pedas, namun bagi saya ianya tidak berapa pedas yang juga sedap dimakan.
**********
Terdapat banyak kawasan-kawasan di sekitar Bandar Baru Bangi yang menyediakan hidangan masakan Indonesia, lebih-lebih lagi hidangan yang berupa Ayam Penyet dan Ayam Bakar.
Segala-galanya akan saya terokai untuk memberikan anda pengalaman merasai hidangan Ayam Penyet ini kelak.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment