Ditatkala tengah craving untuk makan makanan ala-ala steak, habis kami semua search kedai steak yang bertaraf International. Akhir sekali kami pon terserempak dengan sebuah kedai di IOI City Mall, iaitu Tony Romas.
Bila saya membuat keputusan untuk makan disini, si isteri kemain lagi senyum lebar. Maklum la, masing-masing craving untuk makan steak, lebih-lebih lagi saya yang membayarnya. Hmm..
Jom kita terokai makanan exotic yang disediakan di Tony Romas Malaysia ini.
~ Tony Romas Malaysia Review - Appetizer ~
Jom kita terokai makanan exotic yang disediakan di Tony Romas Malaysia ini.
~ Tony Romas Malaysia Review - Appetizer ~
Di Tony Romas Malaysia, Appetizer dihidangkan didalam dua bentuk hidangan. Hidangan yang pertama adalah Salad, terdiri daripada lobak, daun celery dan salad dressing.
Hidangan Appetizer yang kedua adalah Roti French. Hidangan ini didatangi dengan mentega yang tela dicampur dengan sayuran yang telah dihiris halus, kebarangkalian daun pudina.
Kedua-dua hidangan Appetizer ini adalah dihidangkan secara Percuma kepada pelanggan yang datang untuk menjamu selera di sini.
~ Tony Romas Malaysia Review - New York Striploin Steak ~
~ Tony Romas Malaysia Review - New York Striploin Steak ~
Untuk menu steak yang berharga RM 59.90 ini, anda boleh memilih dua hidangan sampingan daripada lapan hidangan sampingan yang disediakan. Untuk kali ini, kami order Baked Potato dan juga Coleslaw.
Daging yang disediakan disini juga boleh dipilih tahap pemanggangnya; samaada anda inginkan ianya dimasak secara Rare, Medium Rare, Medium, Medium Done ataupun Well Done.
Untuk Striploin Steak ini, kami memilih Medium dimana isi dalamannya sangat lembut dan tidak kelihatan sebarang warna pinkish pada daging, ditambahkan pula dengan kehadiran jus-jus daging yang keluar dari daging itu sendiri.
Memang mengiurkan..
~ Tony Romas Malaysia Review - Ribeye Steak ~
Untuk menu steak yang berharga RM 59.90 ini, hidangan sampingan yang kami pilih adalah Baked Broccoli dan Mashed Potato.
Sama seperti New York Striploin, Ribeye ini juga dipanggang sehingga Medium. Untuk pengetahuan anda semua, kelainan diantara Ribeye dan juga Striploin terletak kepada kekenyalan dan kelembutan daging tersebut.
~ Tony Romas Malaysia Review - Tony's Beef Ribs Platters ~
Jenis hidangan Platters ini sangat sesuai untuk dihidangkan untuk 3 orang dimana kuantiti yang disediakan adalah sangat banyak dan harga untuk hidangan ini juga mencuit hati.
Dengan harga RM 169.90, Tony's Beef Ribs Platters ini dihidangkan dengan 1/2 ekor BBQ Chicken, 10oz New York Strip, Beef Ribs - Roma Back, 3 sup pilihan harian dan 3 hidangan sampingan.
3 hidangan sampingan yang kami pilih untuk kali ini adalah Nasi, Mashed Potato dan juga Baked Broccoli. Rasa Beef Ribs yang dihidangkan sangat sedap dan juicy, dimana ianya disaluti dengan sos BBQ yang pasti membuatkan anda terliur.
~ Tony Romas Malaysia Review - Kids Meal Fish and Chips ~
Untuk kanak-kanak pula, terdapat 6 jenis makanan yang disediakan di Tony Romas dan salah satunya adalah Kids Meal Fish and Chips.
Meskipun ikan yang digunakan adalah Ikan Dori, tetapi kerangupan tepung yang menyaluti Ikan Dori ini berjaya mengekalkan kelembutan isi Ikan Dori tersebut.
Disertakan sekali bersama-sama dengan hidangan ini adalah pencicah mayonis.
~ Tony Romas Malaysia Review - Pina Strawberry Swirl ~
Isinya yang terdiri daripada gabungan Coconut Shake, Jus Strawberry dan juga isi Nenas yang telah dihancurkan menjadikan minuman ini terasa masam-masam manis. Harga untuk minuman ini adalah RM 17.91.
~ Tony Romas Malaysia Review - Pina Colada ~
Sama seperti minuman Pina Strawberry Swirl, Pina Colada ini tidak mempunyai jus strawberry tetapi mempunyai jus Nenas yang menggantikan jus strawberry, memberi rasa masam-masam. Harga minuman ini adalah RM 15.79.
~ Tony Romas Malaysia Review - Bottomless Drinks ~
Sekiranya anda inginkan minuman yang biasa, anda boleh mengambil minuman Bottomless Drinks ini (minum sampai kenyang). Dengan harga RM 10.49, anda boleh memilih minuman dari minuman bergas sehingga minuman berjus.
~ Tony Romas Malaysia Review - Kesimpulan ~
Secara kesimpulannya, set hidangan di sini jauh lebih mahal daripada memakan hidangan di Me Nate (minuman di Me Nate juga Bottomless, tetapi tidak perlu dibayar).
Selain dari itu, hidangan sampingan disini jauh lebih banyak daripada mana-mana kedai steak. Untuk harganya pula, tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan restoran-restoran steak yang lain.
Sampai disini saja post saya untuk kali ini.
Jumpa lagi di post yang lain. Bubbyeee Semuaa~~
No comments:
Post a Comment