Setiap pusat membeli-belah pasti akan ada pusat permainan kanak-kanak, samaada besar ataupun kecil. Di IOI City Mall, pusat permainan kanak-kanak yang diberi nama Dreamworld menjadi tumpuan kami sekeluarga pada hujung minggu baru-baru ini.
Pusat permainan ini terletak di tingkat 2, yang juga merupakan tingkat yang paling atas di dalam IOI City Mall ini, terletak berhampiran dengan Texas Chicken.
Tempat ini memang menarik untuk kanak-kanak yang permainan yang separa lasak.
Jom saya kongsi pengalaman yang menarik yang kami alami sepanjang kami berada di sini.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Ticketing Counter & Harga ~
Terlebih dahulu saya akan berkongsi dengan anda semua harga biasa untuk memasuki ke dalam Dreamworld ini. Harganya adalah seperti dibawah:
Harga untuk kanak-kanak
Dibawah 2 Tahun : RM 20 (Weekdays) dan RM 25 (Weekends, Public & School Holidays)
Berumur 2 - 12 Tahun : RM 45 (Weekdays) dan RM 55 (Weekends, Public & School Holidays)
Harga untuk orang dewasa (Penjaga)
Percuma bersyarat : bagi setiap kanak-kanak yang dibawa (1 tiket kanak-kanak, percuma 1 tiket dewasa)
RM 5 untuk tiket dewasa tambahan
Meskipun terdapat harga yang biasa, terdapat juga harga promosi yang diberikan oleh Dreamworld ini. Harga-harga promosi adalah seperti dibawah:
Party Package
Penguin Package (Weekday) : RM 65
Snowman Package (Weekends, Public & School Holidays) : RM 75
> Keistimewaan untuk package diatas adalah seperti berikut:
> 2 Hours Function Room
> Unlimited Play
> Kids Meal
> Invitation Card
> Kemunculan Orang Eskimo (Maskot Dreamworld)
Super Saver
3x Play Entries for RM 108 per children (Valid for 1 year only)
6-Month Membership
Unlimited Entries for RM 288 per children
Sebelum melepaskan anak-anak anda ke dalam Dreamworld ini, di Ticketing Counter, mereka akan dipakaikan dengan Tagging di tangan sebagai bukti kemasukkan ke dalam taman permainan ini.
Untuk penjaga juga akan dipakaikan dengan tagging yang sama, tetapi berlainan warna.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Tempat Letak Kasut ~
Tempat letak kasutnya sangat menarik, dimana dengan keluasan yang terhad, banyak kasut-kasut boleh diletakkan disini.
Selain dari itu, rupa bentuknya seperti Pohon Natal yang diliputi salji menjadikan tempat letak kasut ini menjadi salah satu struktur unik di dalam Dreamland ini.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Waiting Area ~
Tempat menunggu yang disediakan di kawasan pintu masuk ini sangat besar, dipenuhi dengan meja-meja dan kerusi-kerusi untuk para ibu bapa yang datang ke Dreamworld ini.
Tema berwarna putih dan biru ini memberikan satu environment tema musim salji yang tidak terdapat di dalam negara kita ini.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Kinetic Sands ~
Di ruang legar ataupun ruang menunggu di pintu masuk Dreamworld, terdapat satu kawasan dimana anak-anak anda boleh bermain kinetic sand di meja khas ini.
Sebanyak 8 orang boleh duduk disini dan boleh bermain bersama-sama dalam satu masa yang sama.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Snowy Figures ~
Patung yang pertama di dalam Dreamworld ini adalah patung Penguin. Patung ini agak berat dan anak-anak anda pasti tidak dapat mengangkatnya.
Cuma perlu berhati-hati dengan anak-anak anda untuk tidak menjatuhkan patung penguin ini, khuatir lantai akan retak mahupun berlekuk, bukannya penguin itu.
Patung yang kedua ini pula adalah Patung Snowman. Bila nampak sahaja patung snowman ini, Marissa panggil Olaf. Tidak sangka pula Olaf sebesar ini, ingatkan kecil sahaja.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Playground Below 2 Years Old ~
Kawasan permainan di dalam ini terbahagi kepada 2 kawasan; Kawasan permainan untuk kanak-kanak dibawah 2 tahun dan kawasan permainan kanak-kanak di dalam lingkungan 2 - 12 tahun.
Untuk kawasan permainan kanak-kanak di bawah 2 tahun, terdapat pelbagai jenis mainan yang anak-anak kecil anda boleh main.
Antaranya adalah Blocks, Kuda Plastik dan juga Gelongsor yang tidak terlalu cerun dan tinggi, sesuai untuk yang gemar memanjat.
Anak-anak kecil yang memang suka memanjat pastinya akan suka untuk memanjat kawasan ini.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Kids Playground between 2 - 12 Years Old ~
Ini lah dia playground untuk kanak-kanak yang berumur dari 2 tahun sehingga 12 tahun, yang mengambil keluasan hampir 1/2 dari keluasan keseluruhan Dreamworld ini.
Taman permainan ini terdiri daripada 3 lapisan tingkat yang boleh menyebabkan anda sesat di dalam ini.
Slide yang ada pada taman permainan ini adalah lebih cerun dan panjang jika berbanding dengan slide dari taman mainan kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.
Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di kawasan permainan ini, antaranya adalah Kids Wall Climbing yang menguji kekuatan tangan untuk sampai ke puncak.
Antara aktiviti-aktiviti yang lain adalah seperti dibawah.
~ Dreamworld IOI City Mall Review - Kesimpulan ~
Taman Permainan Dreamworld ini sangat menarik disebabkan ianya lebih fokus kepada kanak-kanak yang berumur diantara 2 tahun sehingga 12 tahun.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak yang anak-anak anda dapat lakukan dan anda tidak perlu risau kerana setiap kawasan di Taman Permainan ini diletakkan lantai kusyen yang agak tebal.
Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~
Menarik jugak Dreamworld ni. Tp harga dia blh tahan gak. Nmpk skg ada promo dekat groupon. Tu yg terdetik macam nak beli. Hehehe.
ReplyDeleteKawasan permainan di Dreamworld ini memang menarik untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang berumur 2 tahun dan keatas. Kami pun beli ketika ada promotion sebab harga biasa agak tinggi.
DeleteTetapi bila sampai anak saya tidak ingin keluar, baru terasa berbaloi disini. Anak saya yang sulung main disini hampir 4 jam sampai mengamuk-ngamuk tidak ingin balik. Hehehe..