Monday, 17 July 2017

57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall Review

Terdapat banyak jenis kedai-kedai di Malaysia yang menghidangkan makanan steamboat. Di IOI City Mall, terdapat sebuah kedai di tingkat atas sekali yang menyediakan hidangan ini, bernama 57 Hotpot & Asian Cuisine.

 

Walaupon kedai ini menghidangkan makanan-makanan steamboat seperti Johnny's, tetapi tidak ramai pelanggan yang datang dan makan disini. Apakah sebabnya?

Jom saya kongsi makanan-makanan yang disediakan di restoran ini.


~ 57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall - Menu ~

Terdapat banyak jenis hidangan yang disediakan di kedai ni, lebih-lebih lagi hidangan berjenis steamboat. Menu yang disediakan di kedai ini terdiri daripada beberapa set; 2-pax Fortune Set, Prosperity Set, Happiness Set, Single Plate dan juga Special Dishes.

Sekiranya anda inginkan lauk tambahan, terdapat juga set ala-carte yang anda boleh tambah didalam hidangan anda.


~ 57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall - Restaurant Concept ~

 

Restoran ini mengamalkan konsep yang agak unik, dimana segala decoration yang ada didalam restoran ini adalah berasaskan konsep haiwan iaitu burung merak.


 

Suasananya yang tidak terlalu terang memberikan suasana yang ekslusif dengan ukiran-ukiran yang unik ketika anda menjamu selera.

Pada awalnya, memang saya rasa pelik kenapa pencahayaan tidak cukup di dalam restoran ini tetapi saya akhirnya tahu juga kenapa mereka mengamalkan konsep sedemikian.


~ 57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall Review - Steamboat Soup ~

 

Terdapat lebih kurang 9 jenis sup yang anda boleh pilih ketika menikmati hidangan steamboat disini.

Antara sup-sup yang disediakan adalah 57 Hot & Spicy, 57 Chicken Soup, Tomyam Gong, Curry Soup, 57 Ox Bone Soup, Mix Mushroom Soup (+RM 3), Milky Soup (+RM 2), Hot & Spicy Milky Soup (+RM 2) dan Tomato Egg Soup (+RM 1).

Ya, memang betul ada penambahan cas untuk sup-sup diatas. Kebarangkalian proses penyediaan nya yang rumit menyebaabkan harganya yang lebih mahal.

~ 57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall Review - Fortune Set with Beef Slice ~


 

Ini adalah menu utama di dalam Fortune Set with Beef Slice yang berharga RM 59.90 ini terdiri daripada sayuran (cendawan, labu, dan lain-lain), bebola ketam, ikan, lala dan juga kupang.


 

Ini pula adalah Beef Slice yang menjadi pelengkap set ini. Beef slice ini dihiris dengan nipis dan apabila direbus di dalam Sup Steamboat, ianya menjadi agak liat untuk dimakan.

Kebarangkalian urat-urat yang ada di daging ini menyebabkan ianya menjadi liat apabila siap dimasak atau direbus.


~ 57 Hotpot & Asian Cuisine IOI City Mall Review - Kesimpulan ~

Sejujurnya, menu dari Restoran Steamboat Johnny adalah lebih menarik dan banyak sekiranya dibandingkan dengan restoran ini, sekiranya dibandingkan dengan harga yang sama.

Berkenaan dengan rasanya pula, restoran 57 Hotpot ini lebih banyak variasi untuk supnya berbanding dengan restoran steamboat yang lain, namun disebabkan hidangannya yang tidak banyak, maka tidak puas untuk makan di sini.

Kepada penggemar steamboat yang inginkan kuantiti yang banyak, restoran ini bukan lah pilihan anda tetapi restoran yang paling sesuai untuk anda adalah restoran steamboat yang menghidangkan makanan secara buffet.

Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment