Bergerak dari Pasir Puteh dan menghala ke Kuala Lumpur setelah selesai urusan kerja di sini, sahabat saya membawa kami semua untuk merasai masakan Celup Tepung yang terletak di Jalan Tepi Pantai, Terengganu.
Saya pernah merasai makanan Celup Tepung yang lain di Terengganu yang dinamakan Sotong Celup Tepung Pok Nong yang terletak di Kuala Terengganu yang sangat sedap, tetapi bagaimana pula disini?
Kedai makan Mr Celup Tepung Station ini terletak di pinggiran pantai dan menjadi satu daya tarikan yang menarik untuk makan di sini.
Kami tiba di sini sekitar jam 1 tengah hari. Cuacanya yang terik menyebabkan kami duduk dibawah rimbunan pokok-pokok di tepi pantai sambil menjamu hidangan makan tengah hari.
~ Mr Celup Tepung Station Review - Hidangan Celup Tepung ~
Terdapat pelbagai hidangan celup tepung yang disediakan di kedai ini. Antara hidangan tersebut adalah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Ayam Celup Tepung dan lain-lain lagi.
Sekiranya mengikut rasa untuk hidangan celup tepung ini, terbukti bahawa Sotong Celup Tepung Pok Nong jauh lebih lazat berbanding hidangan Celup Tepung yang dihidangkan disini.
~ Mr Celup Tepung Station Review - Stesen Hidangan Panas ~
Selain daripada hidangan celup tepung, Mr Celup Tepung Station juga menghidangkan masakan goreng dan juga masakan panas. Ingin tahu apakah makanan yang kami order?
~ Mr Celup Tepung Station Review - Meggi Tomyam ~
Meggi yang dihidangkan masih keras dan tidak masak sepenuhnya, namun kepekatan sup tomyam yang dihidangkan juga tidak terasa kepedasannya.
Sekiranya anda seorang yang kuat makan pedas, anda boleh buka perencah yang disediakan bersama-sama dengan hidangan ini.
~ Mr Celup Tepung Station Review - Mee Sup ~
Mee Sup yang dihidangkan penuh dengan bahan-bahan ataupun isi-isinya, yang terdiri daripada racikan ayam, bebola daging dan juga potongan limau kasturi untuk mendapatkan rasa yang masam-masam.
Terdapat juga sambal yang diletakkan di dalam mee sup ini, tetapi rasa kepedasan sambal tersebut agak lembut dan tidak terlalu pedas.
~ Mr Celup Tepung Station Review - ABJ ~
Bila saya lihat sahaja sudah cukup untuk menggugurkan keimanan untuk tidak merasai hidangan-hidangan yang manis-manis seperti ini.
ABJ yang juga dikenali sebagai Air Batu Jagung ini sangat sedap dimana jagung yang disediakan didalam hidangan ini sangat banyak.
~ Mr Celup Tepung Station Review - Cendol ~
Ini pula adalah hidangan manisan yang kedua yang menyebabkan anda teringat-ingat akan kewujudan Cendol seperti ini.
Cendol ini dihidangkan dengan Vanilla Ice Cream dan juga biskut Love Letter Strawberry. Meskipun ianya dihidangkan sedemikian rupa, tetapi apabila dihirup, tiada rasa strawberry pun. Kehadiran biskut itu hanya sebagai perhiasan sahaja.
~ Mr Celup Tepung Station Review - Kesimpulan ~
Makan bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat di tepi pantai memang memberikan satu suasana yang berbeza, lebih-lebih lagi dengan sahabat-sahabat yang banyak mulut.
Meskipun hidangan yang dihidangkan hanyalah biasa-biasa sahaja, tetapi pemandangan memakan makanan tengah hari di tepi pantai dapat merehatkan badan yang kelesuan memandu ikut jalan dalam.
Sampai disini sahaja dari kami, bertemu lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~
No comments:
Post a Comment