Monday, 31 July 2017

[Sponsored Page] Promosi Harga Terendah dari Singapore ke Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai promosi-promosi yang dapat anda cari di laman-laman web, tetapi tahukah anda bahawa tarif yang dikenakan secara online tidak termasuk pembayaran untuk penambahan bagasi?

 

Perkara sedemikian amat penting kepada sesiapa yang ingin berjalan ataupun bercuti diluar negara mahupun di dalam negara. Traveloka merupakan salah satu laman sesawang yang dapat meringankan beban anda untuk pergi bercuti mahupun diatas urusan kerja.

Terdapat beberapa info yang penting tentang kos-kos yang dikenakan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Traveloka, tetapi yang penting ianya memudahkan anda sekeluarga untuk mendapatkan tiket penerbangan yang lebih murah kerana harga tiket biasanya berubah-ubah dari semasa ke semasa.


~ Keindahan Kota Singapura ~

 

Seperti yang kita maklum, Singapura merupakan salah sebuah kota yang memiliki sungai yang cantic dan ramai yang datang ke Singapura hanya untuk menikmati keindahan sungai yang menyusuri kota ini.

Salah satu perkhidmatan yang melalui sungai di Singapura ini adalah Singapore River Cruise, sama seperti Putrajaya River Cruise di Malaysia. Dengan menaiki Singapore River Cruise, anda akan didedahkan dengan warisan peradaban rakyat Singapura terutamanya bangunan-bangunan pencakar langit yang mencerminkan kepesatan pembangunan di Kota Singapura ini.

 

Sekiranya anda menaiki Singapore River Cruise, anda akan dibawa menerusi sungai yang bersih dan jernih serta jambatan-jambatan yang dijaga oleh kerajaan Singapura dengan baik sekali, termasuk jambatan yang dibina sejak abad ke-19 yang lalu, dihiasi dengan bangunan-bangunan dan taman-taman yang terjaga kebersihannya.

Selain dapat menikmati keindahan sungai dan udara yang segar di waktu pagi, anda juga dapat menikmati pantulan sinaran cahaya rembulan di waktu malam, secara tidak langsung memberikan persekitaran yang romantik bersesuaian kepada pasangan yang ber-honeymoon di Kota Singapura ini.


~ Keindahan Kuala Lumpur ~

 

Berbeza dengan suasana di Singapura, kebanyakan pelancong yang datang ke ibu negara Malaysia ini diatas alasan kerja dan hanya segelintir sahaja datang ke sini untuk berjalan-jalan menikmati keindahan Kuala Lumpur terutamanya di waktu malam.

Pada masa kini, memang sukar untuk kita menikmati keindahan bandaraya moden terutamanya di waktu malam disebabkan kawasan persekitaran yang sibuk dan dibanjiri dengan orang ramai. Tahukah anda walaupon didalam kesibukan bandar, masih terdapat beberapa kawasan yang dapat memberikan ketenangan kepada para pelancong yang baru tiba di Kuala Lumpur ini?

Maka, saya mengesyorkan satu tempat menarik yang menampakkan Bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah di waktu malam, bermandikan dengan lampu-lampu neon di persekitaran bandaraya ini.

Sekiranya anda menginap di bandar, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) atau Bukit Bintang, salah satu taman tema indoor yang terdekat yang boleh anda lawati terdapat di Berjaya Time Square Kuala Lumpur.

 

Taman tema indoor ini mempunyai banyak permainan yang mencabar yang sesuai untuk semua peringkat umur. Setiap kali cuti sekolah, ini adalah salah satu destinasi pilihan para pelancong untuk merasai pengalaman taman tema indoor didalam kesibukan bandaraya ini.

Selain daripada itu, menaiki bangunan tertinggi di Malaysia semestinya merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai untuk kita terutama anak-anak kita yang kebil mahupun yang sedang meningkat dewasa. Di menara Berkembar KLCC, para pelancong berpeluang untuk naik ke atas jambatan yang menghubungkan dua menara ini dan memerhati keindahan Kuala Lumpur dari tempat tinggi.


~ Tiada Masa? ~

Jika anda terburu-buru atau anda tidak ingin menghabiskan waktu cuti anda hanya untuk ke Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur), anda boleh guna perkhidmatan penerbangan berbanding dengan menggunakan perkhidmatan keretapi Singapore – Kuala Lumpur yang menghabiskan masa kira-kira 5 kali ganda lebih berbanding dengan pesawat terbang Singapore – Malaysia yang mengambil masa kira-kira 50 minit saja.

Sekarang, sudah banyak penerbangan murah yang melalui route Singapura – Kuala Lumpur, terutamanya syarikat penerbangan AirAsia.


~ Laluan Alternatif ~

Terdapat juga laluan alternatif lain yang boleh menjadi salah satu option anda, dengan pergi dahulu ke Johor Bahru dan ambil penerbangan dari Lapangan Terbang Senai, Johor ke Kuala Lumpur. Dengan melalui cara ini, tiket penerbangan akan menjadi lebih murah.

Diantara penerbangan yang melalui route Johor Bahru – KL ini adalah Airasia dan Malaysian Airlines, dimana sudah semestinya tiket yang ditawarkan oleh Airasia lebih murah, bergantung kepada promosi yang dijalankan.

Untuk ke Lapangan Terbang Senai, Johor dari Singapura, Malaysia Airlines turut menyediakan perkhidmatan bas dimana anda boleh menaiki bas ini di Copthorne Orchid Hotel yang terletak di Dunearn Road. Anda seharusnya menempah terlebih dahulu melalui Malaysian Airlines untuk menaiki bas ini.


~ Kesimpulan ~

Jadilah pengguna yang bijak, gunakan masa yang ada untuk dapatkan promosi untuk penerbangan yang murah.

Anda juga boleh menjimatkan wang anda untuk berbelanja disamping menikmati penerbangan yang lebih murah tanpa perlu berbelanja dengan lebih ke destinasi yang anda ingin dituju.


Jom Traveloka!

*semua gambar dipetik dari Google

No comments:

Post a Comment