Monday, 3 July 2017

Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson

Biasanya di Hari Raya Aidil Fitri ini dipenuhi dengan aktiviti ziarah-menziarahi dari rumah ke rumah, tetapi apa kata kita buat lain dari yang lain sikit pada Hari Raya tahun ini.

 

Keluarga sebelah saya telah bersetuju dan bersepakat untuk bersama-sama menjayakan Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort yang terletak di Port Dickson jauh lebih kurang pelawat berbanding dengan kawasan Teluk Kemang.

Jom saya kongsi gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan disini.

~ Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson - Tempat Parking ~

 

Kami tiba disini lebih kurang jam 10:00 pagi dan memang tidak banyak kenderaan disini. Mungkin disebabkan oleh tempatnya yang tersorok, kawasan ini amat sesuai dijadikan tempat untuk berkumpul beramai-ramai.


~ Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson - Kawasan Pantai ~

 

Kawasan pantai di belakang Putri Beach Resort Port Dickson memang sesuai untuk bermain pasir dan juga bermandi-manda. Kepada yang mempunyai anak kecil, anda harus awasi mereka sekiranya mereka ingin mandi kerana air pantai disini agak keruh.

 

Kita tidak tahu paras lantai pantai disini, tetapi boleh dikatakan bahawa kecerunan lantai pantai ini agak tinggi (Pantai Dalam) dan daya tarikan air juga agak tinggi.


~ Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson - Aktiviti Rekreasi ~

 

Penyewaan ATV disini agak tidak berbaloi. Dengan RM 10, anda hanya boleh memusingi kawasan ini sebanyak 3 kali sahaja (kalau kira-kira dalam 100 meter untuk 3 kali pusingan).

Selain daripada ATV, terdapat pelbagai jenis mainan yang dijual disini untuk menangkap perhatian anak-anak anda. Sejujurnya, harga disini jauh lebih mahal berbanding dengan harga di kawasan bandar.


~ Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson - Aktiviti Utama ~

Maka sudah sampai ke aktiviti utama Family Raya Gathering ini, iaitu upacara berkumpul, bergambar dan bersembang-sembang sambil memenuhi perut dengan potluck yang dibawa masing-masing.

 
 
Tema kami kali ini adalah berwarna Maroon dan Purple~

 
Pemasangan Khemah~

 
 
Chit-Chatting dengan sanak saudara sambil memenuhkan perut~

 
 
 
 
Aktiviti Swafoto bersama-sama dengan saudara-saudari~

 
Aktiviti anti-social~

 
 
Gambar-gambar lelaki tampan~

 
 
Aktiviti menaikkan Sand Castle~

 
Dan akhir sekali adalah bergambar ramai-ramai~


~ Family Raya Gathering di Pantai Putri Beach Resort Port Dickson - Kesimpulan ~

Kemeriahan ketika berkumpul bersama-sama dapat dirasai apabila semuanya turut serta, tetapi terdapat juga beberapa keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri di Gathering ini.

Dengar ura-ura mengatakan bahawa akan ada aktiviti Gathering yang kedua akan dilaksanakan. Adakah ianya benar?

Kita nantikan dan tunggu sahaja~

Maka berakhirlah sudah perkongsian saya pada kali ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment