Monday, 24 July 2017

Bakar-Bakar Steamboat and Grill Bangi Review

Sebuah lagi restoran Steamboat & Grill yang menyediakan makanan Buffet style yang hampir menandingi Restoran Seoul Garden, iaitu Restoran Bakar-Bakar Steamboat and Grill yang terletak di Bandar Baru Bangi.

 

Restoran Bakar-Bakar ini dibuka bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam pada waktu kerja dan 11 pagi sehingga 12 tengah malam pada waktu cuti (Sabtu, Ahad dan Public Holiday), namun tutup pada setiap hari Selasa minggu ke-tiga setiap bulan.

Apakah makanan buffet yang dihidangkan di restoran ini? Jom saya kongsi dengan anda semua.

~ Bakar-Bakar Steamboat and Grill Bangi Review - Harga ~


Harga buffet di sini lebih murah sekiranya dibandingkan dengan harga buffet di Seoul Garden. Terdapat perbezaan harga yang dikenakan sekiranya anda makan di sini; dibahagikan kepada makanan tengah hari (Lunch) dan makanan malam (Dinner).

Masa untuk makanan tengah hari bermula dari jam 11 pagi sehingga 4 petang, manakala masa untuk makan malam bermula dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Harganya pula adalah seperti dibawah.

Adult : RM 40 (Lunch) dan RM 45 (Dinner)
Student : RM 36 (Lunch) dan RM 40 (Dinner)
Birthday : RM 34 (Lunch) dan RM 38 (Dinner)
Sr. Citizen : RM 32 (Lunch) dan RM 36 (Dinner)
Children : RM 20 (Lunch dan Dinner)

Harga untuk kanak-kanak (children) adalah termaktub untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun manakala harga untuk Sr. Citizen adalah untuk rakyat yang berumur diatas 55 tahun.



~ Bakar-Bakar Steamboat and Grill Bangi Review - Meja Makan ~

 

Meja makan di Bakar-bakar Steamboat and Grill ini terbahagi kepada 2 bahagian; bahagian sup (di penjuru meja) dan bahagian Grill (di tengah-tengah meja).

Untuk pilihan sup, anda boleh memilih sama ada inginkan sup ayam ataupun sup tomyam.


~ Bakar-Bakar Steamboat and Grill Bangi Review - Buffet Menu ~


 

Melihat kepada keseronokan muka si isteri melihat makanan-makanan yang disediakan sudah cukup untuk anda tahu betapa banyak hidangan yang disediakan disini.

Banyak bahan-bahan mentah yang disediakan seperti isi ayam, isi ayam perap, isi daging, isi daging perap, makanan laut dan lain-lain lagi.


 

Selain daripada bahan mentah, Restoran Bakar-bakar steamboat ini juga menyediakan makanan goreng-goreng khasnya untuk pengunjung yang mencari-cari makanan yang berat seperti nasi, mee dan juga spaghetti.


 

Set hidangan makanan sushi juga dihidangkan disini, dimana makanan sushi yang disediakan disini adalah set hidangan yang basic sahaja. Sandwich juga turut disediakan.


 

Tidak cukup dengan itu, Restoran Bakar-bakar ini juga menyediakan pencuci mulut yang pasti membuatkan anda terliur, lebih-lebih lagi dengan kehadiran fruit cocktail.


 

Untuk kanak-kanak, hidangan popcorn ini pasti menarik perhatian mereka. Para ibu bapa harus ambil popcorn ini kerana kuali di dalam ini adalah panas; demi keselamatan anak-anak anda juga.


 

Jus kordial merupakan hidangan minuman yang disedikan di sini, biasanya terdiri dari air yang pelbagai-bagai setiap hari. Di waktu kedatangan kami ke restoran ini, air yang dihidangkan adalah air Oren, Tembikai susu dan Yogurt Blackcurrent.


~ Bakar-Bakar Steamboat and Grill Review - Sos Pencecah ~

 

Sos pencecah semestinya menjadi pusat tumpuan bagi pengunjung restoran ini, akan tetapi sungguh sayang sekali bahawa tiada sebarang penunjuk yang diletakkan di kawasan ini.

Kadang-kala boleh menyebabkan kekeliruan ketika ingin memilih sos pencecah.


~ Bakar-Bakar Steamboat and Grill Bangi Review - Kesimpulan ~


 

Hampir 80% makanan saya dipanggang dan hanya 20% sahaja yang saya jadikan sebagai bahan steamboat. Ini adalah disebabkan saya yang juga merupakan penggemar kepada grill ini susah semestinya ingin merasai kenikmatan makanan perapan di sini.

Secara keseluruhan, makanan yang disediakan di sini memang cukup dengan rasanya, terutama sekali makanan mentah yang diperap. Meskipun anda boleh mengambil makanan ini sesuka hati, tetapi harus diingat supaya jangan membazir.

Tapi yang tidak menyeronokkan ketika membakar disini, tempat pemanggangnya senang menghanguskan makanan-makanan mentah yang dipanggang. Sampai disini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeee~~

No comments:

Post a Comment