Thursday, 6 July 2017

Restoran Port Bangi Review

Terdapat banyak hidangan-hidangan yang lazat-lazat dan enak yang anda boleh dapati di Bandar Baru Bangi ini, dan salah satu daripada tempat yang menghidangkan makanan-makanan ini adalah Restoran Port.

 

Restoran Port ini menghidangkan makanan Fusion gabungan daripada masakan Malaysia dan masakan Barat. Restoran Port ini juga mendapat banyak review yang positif, maka kami pon memanjangkan kaki ke Restoran ini.

Jom saya kongsi makanan yang dihidangkan disini, yang menjadi daya penarik kami untuk merasakan makanan Fusion disini.

~ Restoran Port Bangi Review - Chicken Chop ~

 

Set Chicken Chop yang berharga RM 11.90 di Restoran Port Bangi ini dihidangkan dengan ayam goreng yang tiada tulang, Coleslaw, French Fries, Salad dan juga Sos Lada Hitam yang mengiurkan.

Ayam Gorengnya yang ranggup di bahagian luarnya menjadikan bahagian dalaman nya lembut dan juicy, dan apabila dicicah dengan sos lada hitam menjadikan makanan jenis Chicken Chop ini menjadi lazat.


~ Restoran Port Bangi Review - Burger Bakar Bazooka ~

 

Disebabkan perut dan mental yang sedang menggila pada saat memilih makanan ini, saya telah sebulat suara hati ini untuk memilih Burger Bakar Bazooka Daging yang dinamakan Beefzooka.

Beefzooka ini terdapat 3 jenis hidangan; Single (RM 7.40), Double (RM 13.70) dan Triple (RM 20.00). Apa yang membezakan jenis hidangan ini adalah bilangan patties (Daging Burger), Single bermaksud 1 patty dan Triple bermaksud 3 patties.

 

Apabila ditelitikan, Daging Patties yang dihidangkan ini dibuat sendiri, bukannya menggunakan daging patties Ramli ataupun patties yang telah sedia ada.

Daging Patties yang dihidangkan didalam Burger Bazooka ini adalah campuran daging dan juga sayuran yang telah digilis kecil dan hancur. Rasanya memang unik dan sedap, ditambah pula dengan pattiesnya yang agak tebal setiap satu.


~ Restoran Port Bangi Review - Diskaun ~

 

Ini adalah merupakan salah satu daya tarikan yang disediakan oleh Restoran Port Bangi kepada pelanggan yang datang untuk menjamu selera dengan memberikan Diskaun kepada pelanggan tersebut.

Cara untuk mendapatkan diskaun adalah seperti didalam gambar diatas.


~ Restoran Port Bangi Review - Kesimpulan ~

Secara kesimpulannya, makanan di Restoran Port Bangi ini terutamanya Burger Bakar Bazooka adalah burger bakar yang enak dan lazat dengan keunikkan rasanya yang tersendiri.

Untuk rasa Chicken Chop, pada pendapat saya, Chicken Chop di Puffy Buffy Cyberjaya jauh lebih sedap berbanding dengan Chicken Chop di Restoran Port Bangi.

Sampai disini sahaja post saya pada kali ini.

Jumpa lagi di post yang lain. Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment