Wednesday, 2 August 2017

TT Fish Mart Bangi Review

Kepada rakyat jelata yang tinggal di Bangi ataupun Kajang, salah satunya tempat yang anda boleh membeli barangan yang segar dan fresh adalah di TT Fish Mart Bangi di seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

 

Tempat ini diberitahu oleh kawan kepada isteri saya yang suka memasak, dimana banyak barangan yang disediakan di kedai TT Fish Mart ini lebih murah berbanding dengan tempat lain.

Adakah ianya benar tentang harga barangan mentah yang lebih murah?

~ TT Fish Mart Bangi Review - Barangan Basah ~

 

Barangan-barangan basah yang disediakan di kedai ini kesemuanya segar-segar berbanding dengan barangan-barangan basar di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan lain-lain.


 

Selain daripada makanan laut, ayam juga turut disediakan dimana harganya lebih rendah (walaupun 10 sen, ianya tetap rendah) berbanding di tempat lain.

Banyak juga jenis-jenis ikan yang dijual di kedai TT Fish Mart ini, anda hanya perlu memilih, menimbang dan membeli nya sahaja.


~ TT Fish Mart Bangi Review - Sayur-sayuran ~

 

Meskipun namanya lebih kepada pasar ikan, tetapi kedai TT Fish Mart Bangi ini juga menyediakan sayur-sayuran yang agak segar dengan harga borong.

Namun, masih terdapat beberapa sayur-sayuran yang lebih mahal berbanding dengan kedai-kedai diluar. Anda harus pandai memilih dan mengkaji harga-harga terlebih dahulu.


~ TT Fish Mart Bangi Review - Tempat Siang Ikan ~

TT Fish Mart Bangi ini turut menyediakan perkhidmataan untuk menyiang ikan selepas anda membayar ikan di kaunter.

Tetapi terdapat sedikit kekurangan yang ditawarkan didalam perkhidmatan ini.

1) Tukang siang terdiri daripada warga negara asing yang kurang fasih berbahasa Melayu. Terdapat satu kes dimana pelanggan menjerit-jerit memarahi tukang siang ini kerana tersalah siang.

2) Tempat penyiangan yang kecil, hanya mampu untuk menampung pekerja sebanyak 3 orang (paling banyak).

3) Penyiang yang kurang mahir juga menjadi salah satu faktor pelanggan beratur dengan panjang di kaunter perkhidmatan ini. Isteri saya pernah menunggu sehingga 30 minit di kawasan ini.

Setiap hari, penggunjung dan pelanggan ke kedai ini tidak putus-putus. Sekiranya keadaan ini masih berterusan, nescaya lambat laun pelanggan akan lari dan pergi ke tempat lain.

Sampai disini sahaja post saya untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeee~~

9 comments:

  1. Menarik ni..nmpk mcm besar jgk kedai dia..weekend nanti leh la terjah..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ok je tempat siang tu.mungkin encik shahasif stress tunggu lama sgt dalam kereta sambil menjaga anak2. hu..

    hahaha,. waktu tu je isteri dia tunggu lama.biasanya kejap je.. yelah, dah isteri die beli ikan sebeban banyak sangat. manela x lama..hahha...

    --yang ikhlas isterimu..muah!

    ReplyDelete
  3. Ikan memang fresh seperti pasar tani kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ikan yang lebih fresh dari pasar tani, dan ada ikan yang fresh seperti di pasar tani. Tapi memang ramai ke sini untuk beli ikan yang fresh..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Disyorkan upah siang ikan sekilo 50sen.

    ReplyDelete