Monday, 28 August 2017

Nelson Kiosk Review - The Best Corn in Cup

Setelah sekian lama saya mencari makanan Corn in Cup yang sedap, akhirnya pencarian dan penantian saya telah menemui hasil apabila kami singgah di Kiosk Nelson ini.


Saya sering kali merasai Corn in Cup yang disediakan di Medan-medan selera dan juga Kiosk-kiosk yang lain, tetapi apabila saya merasai sendiri keenakkan Corn in Cup di Kiosk Nelson ini, terus saya jatuh cinta.

Apakah yang menyebabkan Corn in Cup di Kiosk Nelson ini sangat sedap?

~ Nelson Kiosk Review - Corn in Cup ~

 

Corn in Cup yang disediakan di Kiosk Nelson adalah yang tersedap. Bagaimana saya menyatakan bahawa ia menjadi yang tersedap dikalangan Corn in Cup yang lain?

Di bawah ini saya terangkan bagaimana ia menjadi yang tersedap.

 

1. Kesegaran: Apabila saya memakan bertih jagung ini, apa yang saya dapat rasakan bahawa setiap bertih jagung ini masih segar berbanding dengan bertih jagung di kedai atau kiosk lain.

2. Kemanisan: Mengewap bertih jagung dengan kadar yang lama serti kadar wap yang banyak boleh menyebabkan kemanisan isi jagung ini berkurangan.

Di Nelson, rasa bertih jagung itu sendiri sudah cukup manis dan tidak perlu ditambahkan mentega lagi.

3. Kelemakan: Biasanya kehadiran mentega akan memuakkan lagi Corn in Cup ini, terutama sekali ketika ianya tidak panas lagi. Kehadiran susu juga memainkan peranan yang penting untuk menambahkan lagi rasa kelemakan ini.


~ Nelson Kiosk Review - Waffles ~

 

Selain dari Corn in Cup, Kiosk Nelson juga menyediakan hidangan Waffle seperti kiosk-kiosk yang lain.

Sejujurnya, Waffles yang disediakan disini tidak sesedap Waffles yang disediakan di Kiosk Daily Fresh. Ianya lebih nipis dan kuantiti isinya tidak sebanyak di Daily Fresh.


~ Nelson Kiosk Review - Harga ~

Sungguh seronok apabila saya berkongsi pendapat saya sehingga lupa akan harga-harga yang dikenakan untuk hidangan diatas.

Jom kita lihat harga-harga untuk makanan diatas.

Ala-Carte Corn in Cup 8oz
Corn in Cup 8oz : RM 4.00
Corn in Cup 8oz (add milk) : RM 4.50
Corn in Cup 8oz (add mayonese) : RM 4.50
Corn in Cup 8oz (add Black Paper) : RM 4.50
Corn in Cup 8oz (add lemon) : RM 4.50


Combo Corn in Cup 8oz
Cup Corn 8oz + Milo : RM 7.00
Cup Corn 8oz + Orange : RM 6.50
Cup Corn 8oz + Blackcurrant : RM 6.50
Cup Corn 8oz + Lemon Tea : RM 6.50


Waffles Ala-Carte dan set Combo
Waffle Cake : RM 4.30
Waffle + Milo : RM 7.00
Waffle + Orange : RM 6.50
Waffle + Blackcurrant : RM 6.50
Waffle + Lemon Tea : RM 6.50


**********

Kepada sesiapa yang mencari tempat Corn in Cup yang sedap dan lazat lagi menyegarkan, saya sarankan supaya anda semua datang ke Kiosk Nelson.

Sampai disini sahaja post saya untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~~~~~

No comments:

Post a Comment