Monday, 21 August 2017

April 24 Bangi Review - Foodies

Cuba bayangkan keenakan makanan disini kalau dalam tempoh masa 7 hari, 3 kali kami makan malam di restoran April 24 yang terletak di Bangi Sentral ini.

 

Kalau anda semua ingin tahu, kedai April 24 ini sudah berpindah ke belakang kedai THESUPERNINI yang terletak di Bangi Sentral, berhadapan dengan kedai makan Mohd Chan ataupun kedai kain Muaz Bangi.

Pada awalnya kedai ini direkomenkan oleh kawan isteri saya, tapi siapa sangka bahawa kedai ini terus menjadi kedai kegemaran kami sekeluarga.

~ April 24 Bangi Review - Suasana Kedai ~

 

Suasana di dalam kedai ini menggabungkan ciri-ciri tradisional dan hipster yang berasaskan kayu, memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang untuk bersantai dan merasai kelazatan hidangan yang disediakan.

Meskipun dalamannya agak sempit dan terhad, tetapi pada waktu malam, kedai ini akan membuka meja di kawasan parking permis untuk menampung bilangan pelanggan yang makin hari makin bertambah.


~ April 24 Bangi Review - Buttermilk Chicken Chop RM 14.00 ~

 

Sama seperti Menu Chicken Chop di kedai-kedai yang lain, kelebihan yang ada pada hidangan Chicken Chop ini adalah sosnya yang unik.

Digabungkan diantara Susu dan Mentega, soso yang unik ini memberikan satu kelainan dari segi rasa dan kelazatan untuk hidangan Chicken Chop ini.


~ April 24 Bangi Review - Carbonara Pasta (Chicken Chop) RM 15.00 ~

 

Gabungan diantara Chicken Chop dan Carbonara Pasta pasti membuatkan anda rasa kenyang berbanding dengan menu Chicken Chop yang biasa.

Carbonara Pasta yang dihidangkan agak kaya dengan sos carbonara, tidak pedas dan amat sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak kecil.


~ April 24 Bangi Review - Nasi Balado Sotong RM 12.00 ~

 

Nama "Balado" ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Berlada, cuma apabila di-hipster-kan namanya terus menjadi Balado.

Nasi putih yang dihidangkan dengan Telur, Sup Kosong dan Sotong Masak Cili ini agak pedas dan tidak sesuai untuk anda yang tidak tahan dengan masakan dan makanan sebegini. 

Hidangan ini didatangi dengan air Teh O Ais atau Ice Tea with no Milk.


~ April 24 Bangi Review - Nasi Goreng Hokkien Chicken RM 8.00 ~

 

Nasi Goreng Hokkien ini adalah salah satu makanan yang tidak pedas dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Serupa dengan Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Hokkien ini dihidangkan denganSup Kosong dan Sambal Cili yang agak pedas.


~ April 24 Bangi Review - Mee Raja RM 14.00 ~

 

Kuantiti mee wantan yang disediakan sangat banyak didalam satu hidangan ini, ditambah dengan hirisan daging, ayam ataupun seafood mengikut kepada pilihan anda ketika mengambil pesanan awal.

Mee wantan ini mempunyai kepedasan yang agak mild, tetapi masih pedas bagi kanak-kanak seperti Irfan untuk makan hidangan seperti ini.


~ April 25 Bangi Review - A Beautiful Mess RM 18.00 ~

 

Apabila hidangan ini tiba, saya agak terkilan kenapa ianya di beri nama "A Beautiful Mess" kerana hidangan yang disediakan ini tidak menampakkan sebarang "Mess" di atas pinggan.

Rupanya agak sama dengan hidangan burger yang lain, dihidangkan dengan French Fries, tetapi mungkin anda terfikir sekali lagi setelah anda mengambil gigitan yang pertama.

 

Di bahagian dalam hidangan burger ini terdapat lapisan tebal yang terdiri daripada gabungan daging cincang dan juga keju yang lembut.

Setiap kali anda menggigit burger ini, pasti akan ada daging cincang dan sosnya yang akan melalui tangan anda. Rasanya? Sangat lazat!!

Sekiranya anda memesan hidangan ini, anda harus tunggu hampir 15 minit kerana dagingnya dipanggang berbanding dengan kaedah "Deep Fry" oleh kedai-kedai yang lain.


~ April 24 Bangi Review - Beef Bacon Burger RM 20.00 ~

 

Memang tinggi burger yang dihidangkan setelah hampir 20 minit menanti. Daging burger yang dibuat secara Homemade ini sangat besar sehingga apabila dibahagikan kepada 2 bahagian, masih tidak dapat menampung saiz mulut saya ini.

Isi daging ini pasti membuatkan anda terliur, sebagaimana membuatkan saya terliur juga. Ianya terdiri daripada 2 Homemade daging, beberapa slice bacon, 3 keping cheese yang dibahagi sama rata dan juga salad di bahagian bawah.

 

Keenakkan daging burger ini memang tiada tolok bandingan, dimana daging ini dipanggang sehingga garing diluar tetapi berjus didalamnya. Setiap kali saya menggigit, pasti akan ada jus daging yang mengalir keluar dari mulut sayaa.

Dihidangkan dengan hidangan ini adalah French Fries dan juga hirisan daging bacon.

*********

Memang tidak rugi sekiranya anda meluangkan masa untuk menikmati hidangan dan makanan yang disediakan di sini kerana semuanya memang sedap, memenuhi citarasa saya dan keluarga saya.

Tidak sangka dapat juga jumpa dengan kedai yang menyediakan makanan Fusion yang lazat di Bandar Baru Bangi ini.

Sampai disini sahaja dari saya. Saya akan berkongsi dengan anda minuman-minuman yang unik yang disediakan oleh April 24 pada post yang akan datang.

Nantikan keunikan minuman-minuman yang anda tidak sangka akan kewujudannya. Bubbyeee~~~

1 comment:

  1. Nampak sedap betul makanan-makanan dia..lagi2 Mee Raja dia..hehehe..InsyaAllah akan try.

    ReplyDelete