Wednesday, 23 August 2017

April 24 Bangi Review - Drinks

Post ini merupakan post yang kedua berkenaan dengan Restoran April 24 yang terletak di Bangi, menyediakan makanan Fusion yang pasti menyebabkan anda terliur.

 

Sekiranya anda terlepas untuk membaca post tersebut, anda boleh klik pautan ini >Foodies<.

Untuk post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda jenis-jenis minuman yang disediakan di April 24 Bangi, bukan sahaja lazat tetapi mempunyai nama yang sangat unik.

~ April 24 Bangi Review - Air Love You ~

 

Air Love You yang disediakan di sini mempunyai gabungan buah-buahan yang unik, terdiri daripada Buah Tembikai, Rebina dan juga Laici.

Rasanya yang lebih kepada Tembikai Laici, kehadiran Rebina di dalam minuman ini menambahkan lagi kemanisan yang keluar daripada Buah Tembikai. Memang Lazat!


~ April 24 Bangi Review - Mojito ~

 

Pada asalnya, saya amat pelik kenapa nama ini digelar sebagai Mojito. Tahukah anda sehingga kini saya masih lagi teringat-ingatkan air ini?

Meskipun air ini nampak agak meriah dengan isinya, sekiranya anda ingin tahu, air ini mengandungi campuran Soda, Serai, Lemon, Asam Boi dan Longan.

Mengikut kepada menu, minuman ini sepatutnya tidak dihidangkan dengan daun pudina, namun, kehadiran daun ini membuatkan ianya terasa segar setiap kali saya menghirupnya.


~ April 24 Bangi Review - Mojo Jojo ~

 

Sama nama dengan nama penjahat di dalam cerita Powerpuff Girls, dengan meminum air ini anda tidak akan menjadi seorang penjahat. Maka, anda tidak perlu risau untuk meminum air ini.

Hidangan ini terdiri daripada gabungan Soda, Serai, Lemon, Asam Boi, Daun Pudina dan juga Laici. Meskipun ianya hampir sama dengan Air Mojito, tetapi rasanya berbeza.

Kebarangkalian kuantiti setiap kandungan itu diletakkan dengan berbeza sukatannya, menyebabkan ianya mengeluarkan satu rasa yang berbeza.


~ April 24 Bangi Review - Chocolate Milkshake ~

 

Kepada penggemar coklat, minuman ini adalah salah satu minuman yang anda harus cuba ketika datang untuk menjamu selera di Restoran April 24 ini.

Chocolate Milkshake ini terdiri daripada gabungan Chocolate, Susu Segar dan juga Ice Cream, memberikan kemanisan yang pasti membuatkan anda mengembang jika minum selalu.

Menurut orang yang minum air ini, setiap kali beliau hirup, mesti akan keluar ayat "Dapnyer.. Dapnyer..".

**********

Terdapat banyak lagi minuman-minuman yang sedap, disediakan di Restoran April 24 ini. Disebabkan semuanya sedap, maka saya hanya berkongsi dengan anda minuman yang kami pesan sewaktu makan di sini.

Sampai disini sahaja post untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeeee~~

No comments:

Post a Comment