Wednesday, 9 August 2017

HistoryCon Malaysia 2017 - Part 1 (The Malaysia Automotive Institute Booth)

History Convention 2017 atau lebih dikenali sebagai HistoryCon2017 telah berjaya dilaksanakan di MAEPS, Malaysia. Pameran yang bertemakan sejarah dunia ini dengan julung kalinya telah dibuat dengan jayanya di Malaysia pada tahun ini.

 

Pasukan gerakan khas kami telah berjaya menjadikan booth MAI sebagai sebuah booth tumpuan dimana terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sini.

~ HistoryCon Malaysia 2017 - Exhibitor Pass ~

 

Meskipun ianya nampak 'simple', tetapi ianya adalah merupakan pass kemasukkan kepada para pemamer untuk memamerkan barangan-barangan yang mereka ada.

Terdapat pelbagai jenis pameran yang ada di dalam HistoryCon 2017 ini, dimana saya akan memberi pencerahan kepada anda semua pada post yang akan datang.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - MAI Booth ~

 

Demi menjayakan event Malaysia Autoshow 2017 yang akan dilaksanakan pada bulan November 2017 serta menjayakan booth MAI ini, pihak MAI telah berbesar hati untuk memberikan 'Complementary ticket' kepada tetamu yang datang untuk membuat aktiviti di booth MAI.

Sepanjang 3 hari di sini (bermula pada hari 4 Ogos), hampir 200 keping tiket percuma telah diberikan.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Waktu Pameran ~

 

Pameran ini bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam (pameran selama 12 jam). Keadaan di pentas utama pula sentiasa berisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Saya akan kongsikan dengan anda semua pada post yang seterusnya berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di pentas utama.

***********

Sampai disini sahaja serba sedikit infomasi berkenaan dengan HistoryCon Malaysia 2017 yang dilaksanakan baru-baru ini.

Nantikan post-post yang seterusnya yang lebih menarik dimana ianya akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di dalam Hall A ini.

Bubbyeeee~~~

No comments:

Post a Comment