Wednesday, 30 August 2017

J.CO Cafe Review

J.CO Cafe ini sering kali dibandingkan dengan Big Apple Donut and Coffee, lebih-lebih lagi pada koleksi Donut yang dijual kepada para pelanggan yang inginkan makanan ringan seperti ini.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya bersama keluarga menerjah J.CO Cafe terlebih dahulu untuk melihat koleksi-koleksi Donut dan juga harga yang ditawarkan.

~ J.CO Cafe Review - Environment ~

 

J.CO Cafe yang kami singgah adalah J.CO Cafe yang terletak di Aeon Cheras Selatan, terletak bersebelahan dengan Watson.

J.CO Cafe ini menyediakan kawasan kepada pelanggan yang ingin menikmati Donut mereka secara Dine-in dengan menyediakan beberapa tempat di dalam dan di tepi Cafe ini.

Sekiranya anda memilih untuk duduk di dalam Cafe, suasananya agak malap, tidak seterang di bahagian tepi Cafe. Kepada anda yang ingin bersantai sambil membaca buku, anda disarankan untuk duduk di bahagian tepi Cafe.


~ J.CO Cafe Review - Doughnut Collections ~

 

Di J.CO Cafe, anda boleh memilih lebih dari 25 jenis Donut yang berlainan perasa. Terdapat donut yang berperisa Strawberry, Coklat dan macam-macam lagi. Harga yang diletakkan adalah seperti berikut.

Harga J.CO Donut
Each : RM 2.90
1/2 Dozen (6 pcs) : RM 16.90
1 Dozen (12 pcs) : RM 28.20
2 Dozen (24 pcs) : RM 48.20

Sekiranya anda ingin merasai sedikit-sedikit dikalangan donut yang disediakan, anda boleh memilih J.Pops berbanding dengan J.Doughnut.

 

J.Pops yang juga merupakan nama kepada Baby Donut ini mempunyai saiz satu per tiga berbanding dengan donut biasa. Harganya pula seperti di dalam gambar, iaitu RM 20.90 untuk 12 pcs sahaja.


~ J.CO Cafe Review - J.Coffee ~

 

Terdapat 4 variasi minuman yang disediakan di J.CO Cafe ini; iaitu Coffee, Chocolate, Fruit dan juga Tea; masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri.

Harga pula bergantung kepada kuantiti minuman tersebut; bermula dengan Uno (12oz), Due (16oz) dan Tre (20oz). Harganya bermula dari RM 6.70 hingga RM 15.70 bagi minuman panas, dan RM 8.20 hingga RM 15.90 bagi minuman yang sejuk.

Saya tidak berpeluang untuk merasai minuman yang disediakan di sini, tetapi saya akan berkongsi dengan anda sekiranya saya minum nanti, ya?

**********

Secara kesimpulannya, keenakkan rasa donut di J.CO Cafe ini adalah lebih kurang sama dengan donut di Big Apple. Tiada jauh berbeza, cuma dari segi penyampaian sahaja.

Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~~~~~

No comments:

Post a Comment