Pengalaman Umrah kami pada kali ini penuh dengan keberkatan, dimana ketika berada di Kota Mekkah, pihak travel agent telah berbesar hati untuk membelanja kami sekumpulan dengan makanan tempatan penduduk Arab Saudi, iaitu Nasi Unta.
Maka, demi menyahut seruan makanan Nasi Unta yang kami tunggu-tunggu sejak awal perjalanan Umrah kami, akhirnya pihak travel agent telah membawa kami ke sebuah restoran yang menyediakan hidangan tersebut; Restoran Aziziah.
Perjalanan ke Restoran Aziziah ini mengambil masa kira-kira 10 minit daripada Hotel Zam Zam Pullman dengan menaiki Bus Shuttle.
Hampir kesemua para jemaah di dalam kumpulan kami turut serta untuk menikmati hidangan Nasi Unta yang dibawa khas oleh pihak travel agent kami.
Lokasi restoran ini masih lagi di dalam kawasan Kota Mekkah, namun ianya lebih sesuai dengan menaiki kenderaan kerana jaraknya yang agak jauh dari Hotel yang kami diami.
~ Umrah 2019 | Part 34 | Mekkah | Nasi Unta Aziziah - The Camel Rice ~
Restoran Nasi Unta Aziziah ini agak besar, dan dapat memuatkan dua (2) kumpulan daripada travel agent yang sama di dalam kawasan restoran ini (yang dibahagikan kepada dua bahagian; hadapan dan belakang).
Aktiviti Kill the Time katanya~
Sementara menanti hidangan yang dipesan oleh wakil travel agent tiba, maka kami bersenang-senang dahulu termasuk berbual-bual dengan para jemaah yang lain dan berimaginasi bermain botol air (pon boleh membunuh masa menunggu).
Nasi Unta sudah tiba~
Alhamdulillah, tanpa disedari masa yang berlalu, maka Nasi Unta pun tiba. Bagi saya, tekstur daging unta ini agak berbeza dengan tekstur daging lembu kerana teksturnya agak halus sedikit, namun lebih tebal sedikit dari daging ayam.
Sewaktu menikmati hidangan ini, ada para jemaah yang merupakan satu kempulan dengan kami mengeluarkan sabuah bekas yang bernama "Sambal Hitam Belimbing", yang menambahkan selera kami untuk menikmati hidangan ini.
Terdetik juga di dalam hati, ingin mencari sambal ini di Malaysia apabila kami balik, namun agak sukar untuk dijumpai di sekitar Lembah Klang.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment