Monday, 9 March 2020

Umrah 2019 | Part 30 | Mekkah | Al Abraj Hypermarket

Berada di Menara Jam Mekkah adalah satu kelebihan bagi kami sekeluarga, dimana terdapat sebuah hypermarket ala-ala pasaraya Tesco yang menyediakan pelbagai barangan keperluan asas kepada para pelawat.

 

Tanpa membuang masa, saya kongsikan barangan-barangan yang boleh didapati di dalam pasaraya Al Abraj ini.



~ Umrah 2019 | Part 30 | Mekkah | Al Abraj Hypermarket - The Foodies Section ~

 

Di dalam pasaraya Al Abraj ini terdapat pelbagai seksyen yang membahagikan kawasan-kawasan dalaman pasaraya ini, namun seksyen yang paling besar di dalam pasaraya ini adalah kawasan makanan.

Berikut adalah beberapa bahagian di dalam seksyen makanan yang disediakan di dalam pasaraya Al Abraj ini.

 
 
 
 
 
 
 
Kawasan pastri dan juga kawasan kek (Kunafa juga ada, tetapi harganya agak mahal disebabkan rasanya yang berbeza)~

 
 
 
 
Kawasan makanan segera beserta dengan makanan ringan, jenama Maggi ada cuma sos cili buatan Malaysia memang susah untuk dijumpai~

 
 
 
 
Makanan tradisi orang arab, termasuk jenis-jenis keju~

 
Minuman-minuman sejuk~

 
 
 
Makanan kekacang serta barangan dapur (kalau ingin memasak), serta gula-gula Arab~


Disebabkan kami hanya mencari makanan apabila melakukan ibadah Umrah, maka bahagian ini memang kerap kami lalui setiap kali kami datang ke pasaraya Al Abraj ini.

Bahagian-bahagian yang lain memang kami kurang ataupun tidak lalu, disebabkan kawasan tersebut kurang penting bagi kami sekeluarga.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment