Berada berdekatan dengan Perpustakaan Mekkah, terletaknya sebuah lokasi yang menjadi tumpuan para jemaah yang hadir ke Masjidil Haram demi melaksanakan ibadah mereka, samada ibadah umrah, solat sunat, bertawaf mahupun membaca Al-Quran.
Lokasi tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah pusat pengambilan air zamzam yang telah dipam daripada punca air yang sebenarnya.
Pernah terjadi pada suatu ketika di zaman Baginda Rasulullah s.a.w dimana aras air di telaga zamzam yang asal telah surut, menyebabkan penduduk Kota Mekkah berasa tidak tenang dan mencari Baginda Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Mendengar kepada perkhabaran tersebut, Baginda Rasulullah s.a.w telah menyeru kepada penduduk Kota Mekkah untuk menuang semula air telaga zamzam yang telah mereka ambil dengan niat kerana Allah s.w.t.
Alhamdulillah, dengan keberkatan yang telah ditunjukkan oleh para penduduk Kota Mekkah pada ketika itu serta niat mereka melaksanakan seruan Baginda Rasulullah s.a.w kerana Allah s.w.t, maka air telaga zamzam tersebut terus menjadi banyak sehingga ke hari ini.
Air zamzam yang disediakan disini adalah percuma sahaja, namun disekitar kawasan ini terdapat peniaga yang menjual bekas minuman untuk para jemaah yang ingin membeli dan mengisi air zamzam untuk dibawa pulang ke hotel mahupun menjadi bekalan untuk beribadah (menghilangkan dahaga).
Julat harga diantara bekas minuman yang kosong adalah bermula dengan harga 5 Riyal untuk bekas minuman yang bersaiz kecil, sama harga dengan bekas minuman yang dijual di Telaga Rauhah.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment