Thursday, 13 February 2020

Umrah 2019 | Part 23 | Madinah | Badar Trip : Telaga Rauhah

Ketika berada di Kota Madinah, saya berkesempatan untuk mengikuti satu lagi Ziarah Luaran yang dikendalikan oleh beberapa para jemaah yang sudah banyak kali hadir menunaikan Umrah, dipermudahkan oleh pihak pengurusan travel agent untuk kami yang ingin mengenali sejarah Islam dengan lebih mendalam.

 

Dipermudahkan urusan kami semua, akhirnya kami dapat menyewa sebuah van jenis coaster yang dapat memuatkan sebanyak 25 para jemaah untuk melawat dan mengikuti ziarah luaran edisi khas ini.


~ Umrah 2019 | Part 23 | Madinah | Badar Trip : Telaga Rauhah - It's History ~


 

Setelah berada di dalam Van Coaster selama hampir satu (1) jam perjalanan, maka kami tiba di persinggahan yang pertama sebelum tiba di Kota Badar, yakni Telaga Rauhah.

Menurut kepada sejarah Islam, terdapat lebih daripada 70 para Nabi (serta pengikut-pengikut masing-masing) telah singgah di Telaga Rauhah ini untuk mengisi semula bekalan air sebelum memanjangkan perjalanan mereka ke Masjidil Haram untuk mengerjakan ibadah Umrah.



 
 
Rupa wajah Telaga Rauhah yang telah ditutup~

Baginda Rasulullah s.a.w juga turut singgah di Telaga Rauhah ini untuk mengisi bekalan, ketika Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan tentera-tentera Islam di dalam perjalanan ke Badar sebelum tercetusnya Peperangan Badar yang merupakan Peperangan pertama umat Islam menentang Kaum Musyrikin Mekkah.



 
 

Meskipun Telaga Rauhah ini telah ditutup di bahagian atasnya, air telaga ini boleh diperolehi dengan mudah sekali dengan kehadiran pam yang telah dipasang sebelumnya yang berfungsi untuk mengepam air telaga ini keluar.

Untuk memperolehi air dari Telaga Rauhah ini, di bahagian belakang bangunan yang berhampiran dengan Telaga Rauhah ini, terdapat sebuah paip air yang mengeluarkan air dari telaga ini dan airnya adalah percuma untuk diambil.

Meminum air Telaga Rauhah ini bukanlah satu perkara yang Wajib, namun ianya sekadar mengambil berkat dimana seramai 70 para Nabi Allah telah datang dan meminum air dari telaga ini.

 

Setelah mengambil wuduq dengan air daripada Telaga Rauhah, terdapat kemudahan untuk menunaikan solat sunat disini yang disediakan oleh penduduk tempatan.


~ Umrah 2019 | Part 23 | Madinah | Badar Trip : Telaga Rauhah - The Shop ~


 

Di bahagian hadapan Telaga Rauhah ini, terdapat sebuah kedai yang menjual peralatan yang diperlukan untuk mengisi air Telaga Rauhah dengan harga yang amat berpatutan.



 
 
 
 
Harga untuk sebuah bekas air hanya 2.5 Riyal, kerana 2 buah adalah 5 Riyal. Harga berbeza mengikut saiz~


Selain daripada bekas-bekas yang dijual di sini, terdapat juga makanan jenis bijiran yang turut dijual disini.

 
 
 
Beberapa jenis kekacang dan juga barangan lain yang turut dijual disini~


 

Setelah selesai segala urusam, maka kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju, iaitu Kota Badar itu sendiri bagi menghayati sejarah peperangan pertama Umat Islam menentang Kaum Musyrikin Mekkah.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment