Thursday, 6 February 2020

Umrah 2019 | Part 21 | Madinah | Pasar Kurma Madinah

Seperti yang telah saya maklumkan pada post sebelumnya, iaitu bahagian berkenaan dengan Pasar Lama Madinah, maka saya teruskan berkongsi tentang lokasi untuk membeli buah-buahan tempatan di Kota Madinah ini iaitu Pasar Kurma Madinah.

 

Pasar Kurma Madinah ini terdiri lebih daripada 80 buah kedai yang menjual buah-buahan tempatan seperti Kurma, Buah Tin, Kacang Pistachio dan macam-macam lagi.



~ Umrah 2019 | Part 21 | Madinah | Pasar Kurma Madinah - The Shops ~

 

Pasar Kurma ini terletak di arah Barat Daya Masjid Nabawi, kira-kira 500 meter dari pintu bernombor 5(c). Ianya juga agak dekat dengan hotek yang kami duduki, iaitu Hayah Plaza Hotel.

Seperti yang telah saya maklumkan pada awal bahagian ini, Pasar Kurma Madinah ini mempunyai lebih daripada 80 jenis kedai yang menjual kurma dan juga buah-buahan yang lain.

 

Di sepanjang kami berada di sini, kami hanya datang sebanyak 3 kali sahaja dimana pada kali kedua dan ketiga, kami telah menemukan kedai yang lebih murah dan lebih berbaloi dibeli dengan kuantiti yang banyak.

Terlebih dahulu, saya kongsikan dengan anda kedai yang telah kami pergi untuk kali yang pertama terlebih dahulu.


 
 
 
 
 
Kedai No 80~

Memang banyak barangan yang dijual disini, termasuk pelbagai variasi kurma dan buah-buahan yang lain (termasuk bijiran-bijiran dan juga coklat Arab).

Di kedai ini, antara yang boleh dibeli (termasuk kandungannya yang lazat) adalah Kacang Pistachio-nya. Diantara banyak tempat yang menjual Kacang Pistachio, di kedai ini menjual Kacang Pistachio yang lebih lazat (cari kacang pistachio yang berwarna keemasan).


 
 
 
 
 
Kedai No 75~

Di kedai ini pula juga menjual pelbagai jenis kurma serta buah-buahan kering yang lain termasuk kacang pictachio dan juga coklat Arab.

Namun, pengalaman kami membeli kacang pistachio disini, kacang yang kami dapat sudah masuk angin dan kurang lazat jika dibandingkan dengan kacang pistachio di kedai No 80.



 
 
 
 
Kedai No 14~

Di kedai yang bernombor 14 inilah kami datang sehingga dua (2) kali untuk membeli buah-buahan tempatan yang kering kerana harganya agak murah jika dibandingkan dengan kedai yang lain.

Selain daripada tuan kedai atau pekerjanya yang pemurah, memberikan coklat Arab kepada anak-anak kami, cara percakapan mereka juga agak sopan yang membuatkan kami senang untuk berurusan disini. 

Di kedai bernombor 14 inilah kami memborong kurma Ajwa dan buah tin yang telah dikeringkan untuk dibawa pulang ke tanah air (serta makan ketika berada di Kota Madinah dan juga di Kota Mekkah).



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment