Perjalanan di Luar Kota Madinah diteruskan lagi, setelah melawat sebuah tempat yang bersejarah dimana seramai 70 orang Nabi, termasuk Baginda Rasulullah s.a.w sendiri bersama-sama dengan tentera Islam seramai 300 orang pernah singgah di Telaga Rauhah untuk mengisi bekalan (air) sebelum ke Bukit Badar.
Perjalanan dari Telaga Rauhah ke medan peperangan yang pertama di dalam sejarah Islam ini mengambil masa kira-kira lagi satu (1) jam perjalanan dengan menaiki coaster.
Terletak di tengah-tengah Kota Badar, Masjid Badar ini merupakan masjid persinggahan Baginda Rasulullah s.a.w sebelum Baginda bersama-sama dengan 300 tentera Islam berperang dengan tentera Musyrikin Mekkah.
Di masjid ini, Baginda Rasulullah s.a.w telah memohon bantuan daripada Allah s.w.t untuk memberikan bantuan kepadanya sebelum memerangi tentera Musyrikin Mekkah yang mempunyai jumlah sebanyak 1,000 tentera.
Namun, ketika kami tiba disini, pintu masuk ke dalam masjid telah ditutup dan punca air untuk kami menunaikan solat sunat disini juga sukar untuk diperolehi. Oleh itu, adalah lebih baik menjaga wuduq daripada Telaga Rauhah.
Kini, di hadapan Masjid Badar ini dipenuhi dengan para peniaga tempatan yang menjual pelbagai jenis produk tempatan seperti buah-buahan, kekacang dan lain-lain lagi.
Meskipun terdapat buah-buahan yang murah dijual di hadapan Masjid Badar, namun keadaan buah-buahan disini sudah kelihatan agak lama dan harus dihabiskan pada hari kejadian (atau hari sesudahnya).
~ Umrah 2019 | Part 24 | Madinah | Badar Trip - Kota Badar - Kawasan Peperangan Badar ~
Berada di sebuah lokasi yang boleh melihat tapak peperangan Islam yang pertama sangat mengujakan saya, dengan perasaan ingin mengetahui lokasi-lokasi utama dan menghayati peristiwa Peperangan Badar ini (dengan daya imaginasi sendiri).
Merujuk kepada monumen yang terletak ditengah-tengah laluan kenderaan, dapat dilihat 14 nama para shuhada yang telah gugur di medan peperangan ini demi menegakkan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w iaitu Agama Islam.
Kawasan peperangan Badar ini telah ditutup dan dikunci oleh pihak kerajaan tempatan, yang mana menyebabkan ramai para jemaah tidak dapat melihat kawasan dalaman (yakni yang merupakan kawasan perkuburan para shuhada yang menegakkan agama Islam).
Pintu masuk yang hanya ada satu (1) dan kawasan sekelilingnya yang telah didirikan sebuah tembok yang menutup kawasan ini menyebabkan kami sukar untuk melihat kawasan dalaman ini, namun bagi para jemaah yang lain yang mengikuti bersama-sama, ianya bukan satu halangan bagi mereka.
Beginilah rupa dalaman tembok dan juga kawasan perperangan Badar yang merupakan peperangan pertama umat Islam menentang Kaum Musrikin Mekkah.
Meskipun kami tidak dapat masuk, namun setelah memanjat tembok dengan menggunakan peralatan yang sedia ada, maka dapat juga saya menghayati peristiwa yang sangat penting ini.
Menurut kepada bantuan yang telah dipohon oleh Baginda Rasulullah s.a.w pada awal post ini, di riwayatkan tentera-tentera bantuan daripada Allah s.w.t yang terdiri daripada para malaikat (yang telah menjelma menjadi manusia) telah muncul di atas bukit (bukit di dalam gambar diatas) untuk membantu tentera Islam.
Para sahabat serta tentera Kaum Musyrikin Mekkah dikatakan amat hairan tentang tikahlaku tentera tersebut, dimana mengikut kepada beberapa pendapat, tentera bantuan yang datangnya dari Allah s.w.t ini apabila ditetak dengan pedang, bukannya darah yang keluar akan tetapi kawasan yang terkena tetakan itu menunjukkan kesan api.
Bersama-sama dengan 313 para pejuang Islam, hanya 14 umat Islam yang shahid manakala 50 para tentera Musyrikin Mekkah dapat ditawan.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment