Thursday, 20 February 2020

Umrah 2019 | Part 25 | Madinah | Hasyriq Nasi Unta Madinah

Apabila merasai Kunafa di sebuah restoran Ma'azim Nasi Unta yang terletak di Kota Madinah, kira-kira 10 minit perjalanan daripada Hayah Plaza Hotel, si isteri sangat mengidam-idamkan kelazatan rasa Kunafa tersebut sehingga menyebutnya hampir tiap-tiap hari.

 

Sewaktu kami pulang daripada melawat Kota Badar, kami singgah sebentar di sebuah Restoran Hasyriq Nasi Unta yang terletak lebih kurang satu (1) kilometer di arah Utara Masjid Nabawi.



~ Umrah 2019 | Part 25 | Madinah | Nasyriq Nasi Unta Madinah - Mencari Kunafa ~

 

Di sini pada asalnya, kami singgah untuk merasai hidangan Nasi Unta yang dikatakan agak terkenal sebagai hidangan tempatan yang dicari-cari oleh para jemaah yang datang ke Kota Madinah.


 

Namun, apabila kami tiba disini, salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kedai dimana jemaah wanita tidak dapat menikmati hidangan yang dihidangkan di dalam restoran dan hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan untuk duduk dan menjamu selera di sini.

Maka, disebabkan perkara diatas, maka kami telah memutuskan untuk membungkus makanan sahaja. Saya juga telah mengambil kesempatan di sini untuk membeli hidangan Kunafa untuk si isteri yang tercinta, yang tidak mengikuti ziarah luaran Kota Madinah pada kali ini.


 
 
 

Di sini buat pertama kali saya berjaya melihat bagaimana hidangan manisan Kunafa ini dibuat di hadapan mata, dan dimasak serta dituang air gula sebelum dihidangkan kepada tetamu restoran.

Agak banyak juga air gula yang saya lihat dituang oleh tukang penyediaan Kunafa ini, menyebabkan saya agak terperanjat dengan kekeringan Kunafa tersebut selepas dituang air gula tersebut.

Harga Kunafa yang disediakan disini hanyalah 7 Riyal untuk satu hidangan sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Kota Madinah, Insyaallah akan saya kongsikan perjalanan kami ke Kota Mekkah dan juga lokasi-lokasi utama disepanjang kami tinggal di Kota Mekkah pada post yang akan datang.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

3 comments:

  1. salam...
    ada alamat tak restoren unta tu... atau location codinit
    tq

    ReplyDelete
  2. Rasanya mabuk nasi unta awak ni.. berpusing mencari Nasyriq ni.. mungkin hari Tasyriq baru jumpa kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun dh pening nak eja Hasyriq ke Nasyriq

      Delete