Monday, 24 February 2020

Umrah 2019 | Part 26 | Madinah - Mekkah | Miqat di Bir Ali

Setelah berada selama lapan (8) hari di Kota Madinah demi menunaikan ibadah solat Fardhu sebanyak 40 waktu di Masjid Nabawi (dan alhamdulillah, dapat memenuhi kesemua 40 waktu solat di sini, maka kami bersiap-sedia untuk menuju ke Kota Mekkah pula.

 

Setelah mengenakan pakaian Ihram dari Hayah Plaza Hotel, kami menunggu di kawasan lobi hotel untuk menuju ke destinasi yang seterusnya; menunaikan Umrah di Kota Mekkah.


~ Umrah 2019 | Part 26 | Madinah - Mekkah | Miqat di Bir Ali - Masjid Dhul Hulaifah Bir Ali ~

 

Jarak perjalanan dari Hayah Plaza Hotel ke lokasi Miqat yang terdekat adalah terletak di Masjid Dhul Hulaifah Bir Ali, terletak kira-kira tiga puluh (30) minit perjalanan dengan jarak lebih kurang 15 kilometer sahaja dengan menaiki Bas Coach.


 
 
Kawasan Masjid Dhul Hulaifah, Bir Ali~

 
Ruangan solat dalaman Masjid Dhul Hulaifah~

 
 
 
 
Ruangan luaran masjid yang dipenuhi peniaga yang menjual barangan untuk menunaikan Umrah~


Setelah selesai menunaikan solat Zohor secara Jamak Takdim, maka kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah setelah memasang niat untuk mengerjakan Umrah.

Di sepanjang perjalanan kami, kami dinasihatkan oleh Mutawwif untuk berzikir demi mengelak berkata-kata perkara yang tidak baik dan memastikan niat kami betul-betul untuk menunaikan Umrah dan tidak terpesong dari landasan asal kami; iaitu untuk mengerjakan Umrah yang pertama.

Perjalanan dari Masjid Dhul Hulaifah ke Kota Mekkah mengambil masa kira-kira enam (6) jam perjalanan keseluruhannya.


~ Umrah 2019 | Part 26 | Madinah - Mekkah | Miqat di Bir Ali - Kawasan Rehat Madinah - Mekkah ~

 

Setelah berada di atas jalan raya selama tiga (3) jam dan tiga puluh (30) minit, maka bas yang kami naiki berhenti di sebuah perhentian untuk berehat serta menunaikan Solat Maghrib secara Jamak Takdim di sini.

 

Di perhentian ini, kami sempat untuk merasai hidangan Nasi Arab Ayam Bakar yang disediakan disini, dikatakan oleh para jemaah yang lain, merupakan hidangan yang harus dicuba.

Apabila kami merasai hidangan ini, memang ternyata ianya agak berbeza dengan hidangan Nasi Unta yang telah kami rasai di sini, termasuk hidangan Nasi Arab Ayam Bakar yang boleh di dapati di tanah air, Malaysia.

Meskipun isi dalaman ayamnya agak kering, namun ianya cukup sedap apabila dimakan bersama-sama dengan nasi arab yang dihidangkan bersama-sama. Juga cukup untuk mengisi kekosongan perut, untuk memberikan tenaga untuk melaksanakan ibadah Umrah di Masjidil Haram selepas ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~

No comments:

Post a Comment