Ketika berada di Bumi Madinah, tidak sah sekiranya tidak mencuba makanan tradisi yang hanya boleh didapati di negara Arab Saudi ini yang diberi nama Nasi Unta.
Alhamdulillah kami sekeluarga sempat untuk menikmati hidangan Nasi Unta di Restoran Ma'azim yang terletak kira-kira 10 minit dengan menaiki kenderaan ketika berada di Kota Madinah, dinikmati secara berjemaah bersama-sama dengan Abang Andung kami yang turut menunaikan Ibadah Umrah disini.
Di negara Arab Saudi, hidangan yang disediakan sangat bersesuaian untuk dimakan beramai-ramai, bukannya disebabkan kuantitinya yang agak banyak, namun dengan memakan beramai-ramai dapat mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain.
Nasi Unta Muda lebih meriah dimakan beramai-ramai~
Hidangan nasi unta yang dihidangkan disini sangat lembut, dan tidak berbau hanyir seperti yang diwar-warkan oleh orang yang pernah menikmati hidangan yang sama sebelum ni.
Kemungkinan tempat ini bukannya tempat yang dimaksudkan oleh para jemaah yang sebelumnya, kerana daging unta ini langsung tidak berbau dan teksturnya yang sangat lembut seakan-akan direbus di dalam pressure cooker.
Nasinya pula yang mempunyai struktur seperti beras bhasmathi (nasi panjang-panjang strukturnya) pula penuh dengan rempah ratus dan memang berminyak sedikit.
Kunafa yang pertama kali merasainya~
Inilah makanan yang diberi nama Kunafa, pertama kali kami mencubanya. Pada awalnya, kami tidak tahu tentang makanan ini, namun disebabkan diantara ahli jemaah yang memesan hidangan ini, maka kami terus mencuba.
Hidangan kunafa ini antara hidangan yang agak terkenal di Arab Saudi, lebih dikenali sebagai hidangan pencuci mulut orang Arab. Teksturnya yang terdiri daripada hirisan cheese di bahagian luaran, dan cream cheese di bahagian tengah, ianya amat sedap apabila dimakan beramai-ramai.
Di Kota Madinah, harga Kunafa disini boleh didapati diantara 5 -8 Riyal.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment