Setelah sampai di Kota Mekkah setelah berada selama tujuh (7) jam diatas jalan raya daripada Kota Madinah, maka kami telahpun tiba di hotel yang akan kami duduki untuk sementara waktu disini.
Hotel ini sebenarnya hotel sementara kami sahaja, disebabkan berlakunya kesilapan teknikal diantara pihak pengurusan di Malaysia dan juga di Arab Saudi, maka hotel yang kami duduki untuk ketika ini juga adalah lain sebelum kami ke hotel sebenar kami.
Maka, di Kota Mekkah, terdapat dua (2) buah hotel yang kami duduki disini, dimana hotel yang pertama adalah Al Jawhara Tower Hotel.
Ketika kami tiba di hotel, ketika ini waktu menunjukkan jam 1 tengah malam waktu tempatan (kira-kira jam 5 pagi waktu Malaysia) dan para jemaah semuanya agak keletihan akibat perjalanan yang agak jauh.
Namun, walaupun masing-masing keletihan, namun semuanya telah berikhtiar untuk melengkapkan ibadah Umrah pada malam ini juga.
Oleh itu, setelah mendapat kunci bilik maka setiap jemaah pun beredar ke dalam bilik masing-masing untuk membetulkan semula kain Ihram, menyegarkan diri semula dan lain-lain lagi.
~ Umrah 2019 | Part 27 | Mekkah | Al Jawhara Tower Hotel - The Hotel Room ~
Bilik hotel yang disediakan oleh pihak pengurusan Hotel amat bersih dan sangat selesa ketika menginap disini. Walaupun seketika, kami terasa agak kagum dengan keadaan hotel ini.
Berikut adalah beberapa gambar yang lain, sempat kami ambil sebelum beredar menuju ke hotel yang seterusnya (hotel ini kami duduki hanya semalaman sahaja).
~ Umrah 2019 | Part 27 | Mekkah | Al Jawhara Tower Hotel - Shuttle Bus to Masjidil Haram ~
Menarik tentang Al Jawhara Tower Hotel ini, terdapat shuttle bas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram yang memudahkan perjalanan para jemaah untuk menunaikan Ibadah Umrah (p/s: gambar diambil setelah selesai menunaikan ibadah Umrah Wajib).
Setelah menaiki bas ini, lokasi yang dibawa adalah di kawasan pintu bernombor lapan (8) berhampiran dengan kawasan Bukit Safa dan Bukit Marwah. Disebabkan pada hari tersebut adalah hari Jumaat, maka ketika ini saya menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Solat Jumaat.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar ketika menunaikan Solat Jumaat yang pertama saya ketika berada di Masjidil Haram, menunaikan solat di bawah lampu hijau diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Setelah selesai menunaikan Solat Jumaat, maka saya meneruskan perjalanan pulang untuk bersiap sedia untuk memasuki hotel yang sepatutnya kami duduki ketika berada di Kota Mekkah disepanjang kami berada di sini.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Namun, walaupun masing-masing keletihan, namun semuanya telah berikhtiar untuk melengkapkan ibadah Umrah pada malam ini juga.
Oleh itu, setelah mendapat kunci bilik maka setiap jemaah pun beredar ke dalam bilik masing-masing untuk membetulkan semula kain Ihram, menyegarkan diri semula dan lain-lain lagi.
~ Umrah 2019 | Part 27 | Mekkah | Al Jawhara Tower Hotel - The Hotel Room ~
Bilik hotel yang disediakan oleh pihak pengurusan Hotel amat bersih dan sangat selesa ketika menginap disini. Walaupun seketika, kami terasa agak kagum dengan keadaan hotel ini.
Berikut adalah beberapa gambar yang lain, sempat kami ambil sebelum beredar menuju ke hotel yang seterusnya (hotel ini kami duduki hanya semalaman sahaja).
Kawasan ruangan tidur bilik, termasuk peralatan lain yang turut disediakan untuk para tetamu~
Bilik air yang memang bersih dan cantik~
~ Umrah 2019 | Part 27 | Mekkah | Al Jawhara Tower Hotel - Shuttle Bus to Masjidil Haram ~
Menarik tentang Al Jawhara Tower Hotel ini, terdapat shuttle bas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram yang memudahkan perjalanan para jemaah untuk menunaikan Ibadah Umrah (p/s: gambar diambil setelah selesai menunaikan ibadah Umrah Wajib).
Keadaan dalaman bas shuttle yang disediakan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram~
Setelah menaiki bas ini, lokasi yang dibawa adalah di kawasan pintu bernombor lapan (8) berhampiran dengan kawasan Bukit Safa dan Bukit Marwah. Disebabkan pada hari tersebut adalah hari Jumaat, maka ketika ini saya menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Solat Jumaat.
Setelah selesai menunaikan Solat Jumaat, maka saya meneruskan perjalanan pulang untuk bersiap sedia untuk memasuki hotel yang sepatutnya kami duduki ketika berada di Kota Mekkah disepanjang kami berada di sini.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment