Sewaktu melakukan aktiviti Ziarah Dalaman di Kota Madinah, diantara Masjid Ali Ibn Abi Thalib dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, terletaknya sebuah Pasar Lama Madinah yang menjadi pusat tumpuan para jemaah dari seluruh dunia.
Barang-barangan yang dijual oleh para peniaga di Pasar Lama Madinah ini ternyata lebih murah berganda-ganda berbanding dengan harga yang ditawarkan di kedai luar.
Di Pasar Lama Madinah, semuanya ada daripada buah-buahan sehingga ke pakaian-pakaian seperti jubah dan lain-lain lagi.
Namun, tidak semua kedai di dalam pasar ini dibuka selepas solat Subuh, namun boleh dikatakan hampir kesemua kedai ini dibuka satu (1) jam sebelum berkumandangnya Azan Zuhur.
Diantara kedai yang telah kami singgah adalah kedai-kedai yang menjual pakaian berbentuk Jubah Lelaki, dimana harganya amat memeranjatkan kami berdua.
Sekiranya di kedai yang terletak di bangunan-bangunan luar (biasanya di bangunan-bangunan hotel), harga untuk sehelai baju jubah yang kainnya agak tebal berharga diantara 50 - 70 Riyal.
Namun, para peniaga yang menjual pakaian Jubah Lelaki yang sama jenisnya di Pasar Lama Madinah ini hanya 25 Riyal sahaja (sehelai).
Terdapat juga kedai-kedai yang menjual barangan untuk beribadah, yang juga boleh menjadi hadiah untuk dibawa pulang ke tanahair, seperti tasbih-tasbih, minyak-minyak wangi, barangan perhiasan wanita, dan macam-macam lagi.
Bagi kupiah yang dijual di Pasar Lama Madinah, harganya lebih kurang 2 Riyal sahaja jika dibandingkan di kedai-kedai luar yang menawarkan harga 5 Riyal.
Kurma, barangan wanita seperti beg tangan, serta barangan mainan untuk kanak-kanak juga boleh didapati di Pasar Lama Madinah ini.
Bagi harga kurma yang ditawarkan di Pasar Lama Madinah, untuk harga bagi kurma nabi (Kurma Ajwa), harga bagi satu (1) kilogram adalah 30 Riyal.
Bagi membeli kurma di Kota Madinah, kami akan berkongsikan dengan anda sebuah lagi lokasi yang menarik khasnya untuk membeli kurma, buah-buahan seperti buah tin dan pistachio di post yang akan datang.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment