Pada bahagian yang pertama, saya telah berkongsi tentang dua (2) buah masjid bersejarah yang diberi nama Masjid Al-Ghamamah dan juga Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang terletak di barat daya Masjid Nabawi, Madinah.
Bagi bahagian yang kedua ini pula, saya akan berkongsi tentang dua (2) buah masjid yang bersejarah yang telah kami lawati ketika mengikuti aktiviti Ziarah Dalaman Kota Madinah ini.
Masjid yang ketiga yang ingin saya kongsikan adalah Masjid Saidina Umar Ibn Khattab yang terletak agak jauh daripada Masjid Nabawi, kira-kira 650 meter jaraknya daripada Masjid Nabawi.
Menurut kepada beberapa kidah dan sejarah Islam, tapak Masjid Umar Ibn Khattab ini dikatakan merupakan tapak rumah Saidina Umar Ibn Khattab, dimana Baginda Rasulullah serta Saidina Umar Ibn Khattab turut melaksanakan ibadah di kawasan ini.
Sayang sekali tentang masjid ini, pembangunan dua (2) buah hotel telah menyebabkan masjid ini kesukaran para jemaah untuk dimasuki serta menunaikan ibadah di dalamnya.
~ Umrah 2019 | Part 19 | Madinah | Ziarah Dalaman Kota Madinah (Part 2) - Masjid Ali Ibn Abi Thalib ~
Masjid Saidina Ali Ibn Abi Thalib ini merupakan salah satu daripada tiga (3) masjid tua yang bersejarah di Kota Madinah, terletak di bahagian Barat Masjid Nabawi dan agak dekat dengan pintu yang bernombor 7.
Pintu masjid ini selalu dikunci kerana segala ibadah yang dilaksanakan di dalam masjid ini pada suatu ketika dahulu telah dipindahkan ke Masjid Nabawi, termasuk solat lima (5) waktu.
Terdapat dua (2) buah riwayat berkenaan dengan Masjid Saidina Ali Ibn Abi Thalib ini;
1. Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidina Ali Ibn Abi Thalib telah melakukan Solat Aidul Fitri dan Solat Aidul Adha di lokasi ini.
2. Terletaknya teratak rumah Saidina Ali Ibn Abi Thalib di tapak Masjid Saidina Ali Ibn Abi Thalib ini, bersama-sama dengan puteri kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahrah.

~ Umrah 2019 | Part 19 | Madinah | Ziarah Dalaman Kota Madinah (Part 2) - Sejarah Sepohon Pokok di Barat Daya Masjid Nabawi ~
Dari pintu Masjid Nabawi yang bernombor 14, dapat kelihatan sebuah pokok yang agak besar seperti di dalam gambar diatas.
Menurut kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w, melalui riwayat-riwayat yang sahih, pokok ini adalah sebuah pokok yang telah menjadi saksi perlantikkan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah Pertama sebelum kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w yang tercinta.
Renovasi yang sedang dilaksanakan bagi membesarkan lagi Masjid Nabawi ketika kehadiran kami disini, pada masa akan datang, kawasan pokok yang saya maksudkan diatas akan termasuk ke dalam bahagian Masjid Nabawi kelak.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~

**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment