Lawatan keluar dari Kota Madinah yang pertama kali disepanjang lapan (8) hari kami berada di Madinah menemukan kami dengan sebuah Masjid pertama yang dibina Baginda Rasulullah s.a.w; Masjid Quba'.
Bertolak seawal jam 7.30 pagi waktu tempatan ke Masjid Quba' yang mengambil masa, kami dinasihatkan untuk mengambil air wudu' dan menjaganya sebelum bertolak daripada hotel.
Apakah fadilat menjaga air wudu' disepanjang perjalanan ke Masjid Quba' ini?
Perjalanan ke Masjid Quba' dari Hayah Plaza Hotel mengambil masa kira-kira 8 - 10 minit sahaja dengan menaiki bas (yang disediakan oleh pihak travel agent).
Di dalam perjalanan kami ke Masjid Quba', kami telah melalui sebuah masjid yang diberi nama Masjid Bilal Ibnu Rabbah (yang juga tapak rumah Bilal Ibnu Rabbah) yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang disegani bukan kerana harta, tetapi kerana ketakwaannya di dalam agama.
Setiap kali Baginda Rasulullah s.a.w ingin menunaikan solat ketika sudah tiba pada waktunya, maka Baginda Rasulullah s.a.w akan mencari Bilal Ibnu Rabbah terlebih dahulu untuk melaungkan kumandang Azan menunjukkan sudah tiba waktu untuk menunaikan solat.
~ Umrah 2019 | Part 15 | Madinah | Masjid Quba' (Part 1) - Masjid Quba' Madinah ~
Setelah berada kira-kira 8 - 10 minit di dalam bas, maka kami telah pun tiba di perkarangan Masjid Quba' untuk menunaikan solat sunat. Masa yang diberikan kepada kami untuk menunaikan ibadah disini, serta melihat persekitaran Masjid Quba' adalah selama satu (1) jam.
Menurut kepada fadilat yang telah saya sebutkan sebelum ini, barang sesiapa yang menjaga air wudu' daripada tempat tinggal dan tiba di Masjid Quba', serta menyegerakan melakukan solat sunat dua (2) rakaat, maka pahalanya sebesar orang yang mengerjakan Umrah sebanyak satu (1) kali.
Solat sunat yang boleh dilakukan di Masjid Quba' ini bergantung kepada individu masing-masing, samada ingin melakukan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tahiyattul Masjid, ataupun solat-solat sunat yang lain.
Bahagian hadapan ruangan solat Masjid Quba'~
Bahagian belakang ruangan solat Masjid Quba'~
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat, maka kami bergerak keluar daripada Masjid Quba' bagi memberi ruang kepada jemaah lain untuk menunaikan solat sunat (dan juga menunggu si isteri keluar daripada ruangan solat perempuan).
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada bahagian yang pertama berkenaan dengan Masjid Quba', akan disambung pada bahagian yang kedua pada post yang akan datang.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment