Destinasi kami yang seterusnya, dibawa oleh travel agent adalah sebuah Kebun Kurma yang diberi nama Kebun Kurma Al-Fahad, terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Masjid Quba'.
Kebun Kurma Al-Fahad dikatakan salah sebuah kebun kurma yang dibuka untuk para jemaah untuk datang dan melihat bagaimana cara penjagaan dan juga pengairan pohon kurma di kebun ini.
Sistem pengairan yang digunakan di Kebun Kurma Al Fahad agak mudah, demi memastikan setiap pohon kurma mendapat air yang secukupnya, air dialirkan daripada tangki dengan menggunakan paip hos sahaja.
Dengan cara ini, setiap pohon kurma yang berada di dalam Kebun Kurma Al Fahad ini dapat mendapat air yang mencukupi demi membuahkan kurma di tanah yang gersang ini.
~ Umrah 2019 | Part 17 | Madinah | Kebun Kurma Al Fahad - The Shops ~
Di Kebun Kurma Al Fahad, terdapat tiga (3) lokasi yang menjadi pusat tumpuan ramai pengunjung untuk melihat dan meneliti barangan yang dijual di sekitar kawasan Kebun Kurma Al Fahad ini; kawasan luaran, kawasan pintu masuk dan kawasan dalaman.
Kawasan luaran yang mempunyai truk ais krim~
Kawasan pintu masuk yang menjual keropok-keropok, buah-buahan serta baju~
Dan kawasan dalaman bangunan yang menyediakan pelbagai jenis kurma, buah-buahan, dan lain-lain lagi~
Melihat kepada harga yang ditawarkan disini, ianya agak mahal jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di sesetengah tempat di Kota Madinah, namun variasi yang ditawarkan disini memang banyak.
Beberapa lokasi yang lebih murah akan saya kongsikan dengan anda kelak, di post yang akan datang.
~ Umrah 2019 | Part 17 | Madinah | Kebun Kurma Al Fahad - The Wall Artworks ~
Lagi satu tentang Kebun Kurma Al Fahad ini, di hadapan kedai di dalaman terdapat sebuah lukisan bertemakan alam semula jadi yang mempamerkan kawasan bukit di tebing lautan, dilukis dengan agak terperinci, sesuai menjadi tempat untuk mengambil gambar bersama-sama.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment