Sebelum saya beranjak untuk berkongsi dengan anda tempat-tempat yang telah kami lawati di sekitar Kota Madinah, saya berkongsi terlebih dahulu beberapa kedai yang penting yang harus diketahui oleh setiap para jemaah yang ingin menunaikan Umrah suatu ketika nanti.
Lokasi yang saya akan kongsikan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu di dalam melancarkan ibadah Umrah di Kota Madinah, dimana secara tidak langsung, ianya amat membantu kami ketika berada di sini.
Lokasi pertama yang ingin saya kongsikan adalah Supermarket Bin Dawood yang terletak berhampiran dengan pintu bernombor 16.
Supermarket Bin Dawood ini memang menjadi salah satu daripada lokasi utama kami untuk membeli barangan dapur serta beberapa lagi barangan utama yang kami terlupa bawa dari Malaysia (kecuali cili sos, sebab cili sos buatan Malaysia tidak boleh didapati disini).
Boleh dikatakan bahawa Supermarket Bin Dawood ini agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan kedai-kedai runcit yang boleh didapati di sekeliling Masjid Nabawi, namun variasi produk yang dijual disini memang sangat banyak.
Dari buah-buahan, sayur-sayuran, biskut-biskut, coklat, makanan ringan, air jus dan air gas juga turut dijual disini.
~ Umrah 2019 | Part 14 | Madinah | Important Shopping Places - Al-Nahdi Pharmacy near Gate 6 ~
Ini adalah kedai ubat yang paling penting bagi kami, iaitu Pharmacy Al-Nahdi. Walaupun segala jenis ubat telah kami bawa daripada Malaysia, namun tetap kami tertinggal beberapa jenis ubat yang penting, terutama sekali ubat punggung untuk Izzat ketika demam panas.
Akan tetapi, kami tetap menghadapi masalah apabila beberapa pharmacist tidak dapat menjual ubat yang benar-benar kami perlukan, kerana ketika berada di Al-Nahdi Madinah, mereka hanya menjual ubat punggung 250gm manakala Izzat memerlukan 350gm.
Ini adalah kerana pharmacist tersebut mebuat kira-kira berdasarkan umur, bukannya berdasarkan berat badan. Akhirnya, kami dapat membeli juga ubat 350gm ketika berada di Kota Mekkah.
~ Umrah 2019 | Part 14 | Madinah | Important Shopping Places - 2 Riyal Shops near Gate 25 ~
Ini adalah lokasi yang amat ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak, serta keluarga kanak-kanak yang ingin mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air, Malaysia.
Di sini, semuanya berharga 2 Riyal untuk setiap barangan (kira-kira macam kedai RM 2.10 di Malaysia), dan banyak barang-barang menarik boleh dicari disini untuk dibeli dan diberi sebagai hadiah saguhati.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment